Pasangan Suami Isteri Perlu Ikuti 5 Tips Ini Untuk Menjadikan Rumah Umpama Masjid.

Setiap perkara yang kita lakukan pasti inginkan barakah dari Allah SWT. Termasuklah pada pasangan yang bercinta, setiap proses ke jinjang pelamin pasti mahukan ia berlandaskan syariat dan mendapat barakah dari Ilahi. Dari tempoh perkenalan, pertunangan, pernikahan, perkahwinan bahkan ketika melayari bahtera mahligai bersama.

Setelah berkahwin, rumah lah yang menjadi tempat utama untuk melahirkan suasana yang sakinah mawaddah wa rahmah. Bagaimanakah caranya? Jom ikuti tips ini…

1. Lazimi Majlis Ilmu Di Rumah.

Sebagai pasangan suami isteri yang bakal menjadi ibu bapa, menjadi teladan yang baik pada anak-anak itu perlu. Oleh kerana itu pentingnya menerapkan ilmu agama dari rumah. Ilmu itu bukan sahaja dituntut di sekolah mahupun Universiti sahaja, kerana menuntut ilmu itu adalah berterusan.

Jadi lakukan lah seperti Majlis Ilmu secara Online, mungkin boleh layari Youtube atau facebook live dari para agamawan dan Kenduri Doa Selamat.

2. Ruang Solat Keluarga Yang Lengkap.

Jadikan ruang solat dimana satu keluarga boleh meluangkan masa bersama secara santai kerana solat itu satu kerehatan.

  • Wujudkan sudut perpustakaan mini dan sudut tilawah Al Quran.
  • Hiasi dindingnya dengan kata-kata hikmah atau doa harian.
  • Pasangkan bacaan ayat-ayat suci Al Quran dan zikir- secara tidak langsung kita dapat menghafal.
  • Letakkan Set Lengkap Pengurusan Jenazah untuk lelaki dan perempuan.

3. Tetapkan Waktu Bacaan Al Quran Berjemaah.

Wajibkan untuk ahli keluarga kita untuk sesi bacaan Al Quran berjemaah. Sekurang-kurangnya 1 kali seminggu. Ini bukan bermakna hari lain tidak perlu membaca Al Quran. Setiap hari setkan sasaran untuk baca minimum 1 muka surat.Waktu bacaan Al Quran sekeluarga ini boleh ditetapkan antara waktu Maghrib dan Isyak.

Waktu yang sering banyak godaan di TV. Penuh drama fantasi hingga lalai realiti. Mungkin pada hari Jumaat malam Sabtu. Isikan waktu singkat itu dengan bermanfaat.

4. Sesi Pembacaan 1 Hari 1 Hadis.

Jadikan pembacaan hadis satu rutin harian. Pastikan hadis yang dipilih hadis sahih dan bukan palsu. Hadis popular tidak semestinya sahih. Pastikan sumbernya boleh dipercayai. Dapatkan melalui:

  • E-Hadis dalam laman sesawang JAKIM
  • Telegram IKRAM Johor (telegram.me/hadisharian_ikram).
  • Kitab Riyadhus Solihin, Karya Imam Nawawi (Edisi Terjemahan).
  • Buku Hadis 40 Imam Nawawi oleh Ustaz Zahazan Mohamed dan Haji Muhammad Zakaria.
  • Buku 70 hadis Mudah Hafal Mudah Amal keluaran PTS Publication.

Utamakan hadis berkenaan kelebihan sesuatu amalan. Untuk inpirasi segera beramal soleh. Fastabiqul Khairat. Sesi membaca hadis ini sangat singkat, paling lama 30 minit.

5. Tetapkan Waktu Solat Berjemaah Di Rumah.

Keutamaan berjemaah untuk lelaki adalah di masjid. Untuk solat fardhu. Bagi solat sunat seperti Solat Dhuha dan Solat Sunat Taubat boleh dilakukan berjemaah di rumah. Mungkin waktu Dhuha majoriti bekerja. Maka tetapkan solat dhuha berjemaah di hujung minggu. Umpama kita beriadah di taman di hujung minggu. Sebelum beriadah, tunaikan dulu solat dhuha berjemaah.

Para ibu yang menjadi pengurus rumahtangga sepenuh masa boleh memperuntukkan solat fardhu berjemaah dengan anak-anak. Terutamanya waktu zohor dan asar. Waktu di mana si ayah lazimnya di pejabat. Jadikan waktu ini ‘bonding time’ dengan anak-anak. Jika ada anak yang telah baligh, latih menjadi imam. Kerana semuanya bermula di rumah.

Setiap kita adalah “imam” kepada diri sendiri. Saat ini juga waktu untuk si ibu semak bacaan solat anak-anak. Mulakan sedari anak-anak masih kecil. Jiwa mereka tika ini masih sesuci kain putih.

Jangan jadikan rumah kita umpama tanah kubur.

********

Semoga Bermanfaat!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen