Dah Nak Hampir Hari Kiamat, Janganlah Lengahkan Solat.

Dalam sedar tidak sedar, sudah hampir untuk kita menghampiri tahun 2020. Segala perubahan dengan peredaran zaman, masa dan waktu membuatkan para manusia menjadi terlalu leka atau peka dengan keadaan sekeliling.

Sebagai muslim sudah tentu dapat merasakan dunia semakin hampir dengan hari kiamat kerana sudah terlalu banyak petanda-petanda kecil muncul apatah lagi dengan petanda besar. Dikala dengan petanda-petanda kecil sudah mula menunjukkan kehadirannya, adakah para manusia sudah mempersiapkan diri untuk dengan kematian?

Adakah masih leka dengan duniawi dan masih terkejar-kejar dengan jodoh yang tak kunjung tiba?

Jom hayati perkongsian dari Encik Matt berkenaan dengan kisah ini…

********

Perasan tak. Masa yang kita lalui hari ini terlalu pantas. Dulu punyanya rasa lama nak tunggu kahwin sekarang dah beranak pinak. Dulu kita ada bayi sekarang dah main berlari. Yang main berlari sepahkan barang tu takda dah,semuanya bersekolah,taknak dah main sepah-sepah dalam rumah.

Dulu punyalah belajar jauh-jauh ada yang sampai 7 tahun,tapi sekarang pejam celik dah 10 tahun dalam dunia pekerjaan.

Sebenarnya inilah tanda-tanda hampirnya khiamat. Kita mulai rasa masa itu terlalu pantas.

Masih segar dalam ingat dua peristiwa yang berlaku pada tahun 2014. MH370 hilang 8 March 2014.. Anak sulong saya meninggal akhir 2014. Sekarang akhir 2018 Lagi sebulan lebih kita akan masuk tahun baru pula. Rupanya hampir 5 tahun peristiwa ini berlaku.

Peristiwa demi peristiwa berlaku. Tapi bagaimana Amal kita. Bagaimana solat puasa kita. Berapa kali sudah berjaya khatam Al-Quran tahun ini,berapa rakaat sudah tahajjud kita laksanakan. Bagaimana aurat kita.

Benarlah sabdaan Nabi Muhammad s.a.w. Setahun dirasakan seperti sebulan,sebulan dirasakan seperti seminggu,seminggu dirasakan seperti sehari,sehari dirasakan seperti satu jam dan satu jam dirasakan seperti percikan api. (Hadith muslim)

Guru Al-Quran saya pesan.

Jangan melengahkan solat awal waktu.

  • Jangan tinggal baca Al Quran dimana pun kita berada. Sebelum log in facebook pastikan Al Quran dibaca terlebih dahulu.
  • Jangan tinggal zikir 300 pagi dan 300 petang.
  • Baca ta’alim(hadith) setiap hari di dalam rumah bersama keluarga.
  • Jangan lihat dan sebar aib orang
  • Jangan makan makanan yang kita tidak pasti sumbernya halal atau tidak. Dan jangan bazirkan makanan. Makan hanya satu lauk sahaja.
  • Berbuat baik terhadap keluarga dan jiran.

Banyak lagi beliau pesan kepada saya. Yang paling terkesan beliau pesan kepada saya. Jangan sesekali pukul isteri dan jaga hati isteri terutama ketika mereka mengandung dan sedang menyusukan anak.

Moga kita semua diberi keberkatan masa.

********

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen