“Non Stick Pan” Perlu Dibuang Jika Sudah Calar.

Oleh: Zuzu Yasmine

Jika anda minat memasak, sudah pasti anda akan memiliki satu atau dua jenis kulai yang tidak melekat atau lebih dikenali sebagai non-stick pan. Ia sememangnya satu peralatan memasak yang sangat berbaloi untuk dibeli. Bukan sahaja memudahkan dalam masakan tapi ia juga membuat hidangan kelihatan cantik serta menjimatkan masa.

Menurut Eksekutif Pengujian dan Editor Percubaan America’s Test Kitchen, Lisa McManus dalam TODAY Food, kuali tidak melekat biasanya diperbuat daripada aluminium dan kemudian disalut dengan polytetrafloroethylene, atau PTFE (juga dikenali sebagai Teflon) atau mempunyai seramik yang digunakan pada kuali tanpa PTFE.



Adakah ia selamat digunakan?

Apabila kuali anda tercalar, beberapa lapisan tidak melekat boleh merebak ke dalam makanan anda (kuali juga menjadi lebih melekit). Ini boleh mengeluarkan sebatian toksik. Apa yang lebih berbahaya ialah memasak dalam kuali tidak melekat di atas haba yang tinggi juga boleh mengeluarkan bahan kimia yang dipanggil asid perfluorooctanoic. Dengan penggunaan yang sederhana, kuali tidak tahan lama iaitu hanya sekitar lima tahun. Sekiranya kuali tidak melekat anda rosak, elakkan daripada menggunakannya.

Antara tips penjagaannya:

1. Gunakan haba sederhana atau lebih rendah.

Pemanasan melampau atau penggunaan haba yang tinggi boleh menyebabkan salutannya pecah, yang boleh mengakibatkan pelepasan zarah-zarah atau gas toksik. Selain itu, mengawal penggunaan haba boleh memanjangkan tempoh hayat kuali tidak melekat anda.

2. Elakkan penggunaan peralatan logam.

Ini adalah peraturan paling penting yang perlu diingati jika anda menggunakan kuali tidak melekat. Ini kerana apabila peralatan logam seperti senduk, sudip atau sudu bergesel, ia akan menghakis permukaan kuali dan menyebabkannya bercalar. Dan, ini mengakibatkan kuali tidak melekat anda sudah tidak selamat digunakan lagi. Sebaiknya, gunakan alatan memasak yang diperbuat daripada kayu atau plastik tahan panas.

3. Bersihkan dan keringkannya selepas digunakan.

Langkah terbaik adalah mencuci kuali tidak melekat dengan cucian tangan dan keringkannya untuk mengelakkan pembentukan karat. Mengambil masa atau menunggu terlalu lama untuk membersihkan kuali atau mencuci mengguna mesin basuh pinggan mangkuk akan meningkatkan risiko pembakaran minyak yang tertinggal ke salutan dan di bahagian luar kuali. Ini menimbulkan kesan noda seperti garis bakar dan bintik-bintik minyak yang sukar dihapuskan dan boleh melekat pada makanan anda.



4. Elakkan makanan berasid.

Memasak makanan berasid dalam kuali tidak melekat menggalakkan pengelupasan. Makanan seperti tomato dan lemon cenderung untuk mengikat dan melonggarkan lapisan salutan yang nipis. Ada yang boleh hancur selepas penggunaan pertama kerana tidak semua kuali tidak melekat mesra penggunannya.

5. Gunakan bahan pencuci yang lembut.

Gunakan sabun yang lebih lembut pada kuali tidak melekat anda. Kebanyakan bahan pencuci yang digunakan semasa mencuci pinggan mangkuk menggunakan tangan dianggap lembut. Pencuci seperti peluntur dan pencuci lain adalah kasar. Ini boleh merosakkan lapisan tidak melekat pada kuali anda.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen