Ketahui Batas Aurat Menantu Perempuan Di Dalam Keluarga Suami.

Oleh: Zuzu Yasmine

Apabila sudah berkahwin ini, kita perlu menjaga nama baik suami serta maruahnya. Bahkan kalau boleh, kita juga perlu menjaga aurat dan batas pergaulan dengan keluarganya. Walaupun telah menjadi satu keluarga, ia tidak sama seperti adik-beradik kandung anda. Maka dengan itu, terdapat batas aurat yang perlu dijaga oleh anda.

Wanita tidak boleh memandang remeh akan aurat anda bersama keluarga suami anda. Anda perlu tahu batas-batas penjagaan aurat anda dengan adik ipar atau abang ipar anda. Itu belum lagi termasuk dengan sepupu atau saudara terdekat suami.



1. Batas Aurat Wanita Di hadapan Lelaki Ajnabi.

Lelaki ajnabi bermaksud lelaki-lelaki asing, iaitu yang bukan suaminya dan juga bukan mahramnya. Aurat wanita di hadapan lelaki ajnabi ialah keseluruhan badannya kecuali muka dan dua tangan (hingga pergelangannya). Inilah pandangan jumhur ulamak dan menjadi amalan kebanyakan wanita Islam hari ini. Namun keharusan mendedahkan muka dan dua tangan itu terikat dengan suasana aman dari fitnah. Dalam keadaan fitnah, keseluruhan badan wanita adalah aurat dan wajib ditutup tanpa ada sebarang bahagian yang dikecualikan.

2. Aurat di antara adik ipar atau abang ipar yang lelaki.

Hubungan abang ipar dengan adik ipar lelaki hendaklah dijaga sesuai dengan tuntutan Islam, kerana hubungan keduanya tidak boleh kahwin hanya bersifat sementara. Jika abang ipar tersebut bercerai dengan isterinya maka ia boleh kahwin dengan adik iparnya tersebut. Jadi jelaslah keduanya bukan muhrim dan perlu menjaga batas-batas aurat yang telah ditetapkan dalam ajaran Islam.

Dalam sebuah hadis Rasulullah SAW ada disebutkan; dari Uqbah bin Amir katanya; Rasulullah SAW sesungguhnya telah bersabda: "Jauhilah olehmu sekalian masuk ke tempat para wanita". Lalu seorang sahabat Anshar bertanya: "Bagaimana pendapat baginda tentang ipar?'. Rasulullah SAW menjawab: "Ipar itu maut". (Riwayat Nasai)

Dengan hadis ini jelaslah bahawa hubungan antara ipar ini perlu dijaga dengan sebaik-baiknya agar tidak melebihi batas-batas yang telah ditetapkan oleh Rasulullah SAW, kerana maut yang diungkapkan Rasulullah dalam hadisnya tersebut merupakan fitnah yang sangat besar, jika kita mengabaikannya.



3. Adakah boleh jika bersalaman dengan abang atau adik ipar lelaki ini?

Ipar adalah hubungan kekeluargaan yang sifatnya sementara, oleh sebab itu kita tidak boleh sesuka hati untuk bersalaman dengan mereka.

Dalam Mazhab Asy-Syafi'i bersalam dengan orang-orang yang dinyatakan adalah tidak harus sama sekali, kerana ia boleh mendatangkan fitnah. Perbuatan ini hendaklah dielakkan. Pintu fitnah hendaklah ditutup awal-awal lagi.

Dalam mazhab Maliki bersalam dengan orang-orang ini tidaklah membatalkan air sembahyang selagi mana tidak menimbulkan syahwat, namun hukumnya juga tidak digalakkan.

Al-Qardawi menjelaskan dalam fatwanya berjodol Fatwa-fatwa Semasa jika pihak terlibat terlebih dahulu menghulurkan tangannya kepada saudara, menjadi harus kepada saudara menyambut tangannya dan seterusnya bersalam dengannya. Khususnya apabila mereka ini datang menziarahi saudara setelah lama tidak bersua muka.

Walaupun begitu majoriti ulama' tidak mengharuskan seseorang bersalam dengan orang-orang yang dinyatakan bagi mengelakkan berlakunya fitnah, apalagi di zaman kita ini. Berpeganglah kepada pandangan mazhab anda.

Sebagai seorang wanita yang telah berakal baligh, maka anda wajib menjaga aurat anda dengan baik.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen