“Jangan Terlalu Obses Dengan Kerja Sehingga Anak-Anak Terabai…” Jom Ikuti Luahan Bapa Ini.

Sebagai ibu bapa, mencari rezeki adalah perlu untuk menguruskan keluarga. Namun, kadang-kala ada sahaja para ibu bapa yang terlalu obsess dengan kerja sehinggakan anak-anak terabai. Ada juga yang takut dengan majikan sehingga melempiaskan kemarahan pada anak-anak.

Anak-anak menjadi semakin tersisih, malah terabai.

Jika anak-anak dijaga oleh pengasuh di taska, ibu bapa pasti merasakan pekerja disitu dapat mententeramkan jiwa anak-anak padahal tugas itu adalah tugas penting pada ibu bapa. Kadang-kala situasi sebegini menunjukkan ibu bapa seolah-olah melepaskan tanggung jawab dan peranan mereka sendiri.

Situasi sebegini telah dikongsikan oleh saudara Mohd Fhais yang mungkin boleh dijadikan iktibar dan pengajaran…

********

Kalau terlambat pergi kerja sekalipun jangan jadikan anak mangsa keadaan.

Dunia tak akan kiamat pun lambat masuk kerja. Paling teruk parking penuh, jalan jem, punch card merah atau tak dapat pekerja cemerlang je. Chills la..

Kalau tak mahu lambat buatlah persediaan awal, gosok baju sebelum tidur, siapkan keperluan sekolah anak siang-siang atau bangun je lebih awal 30-60 minit.

Tapi kalau terlambat dan kelam kabut nak bergegas pergi kerja tu kita tertengking anak yang minta di peluk atau termarah anak yang nak salam itu boleh beri padah pada kita selepas kiamat nanti.

Sebab yang akan di semak di akhirat nanti bukan berapa banyak anugerah pekerja cemerlang kita dapat tapi yang di hitung ialah bagaimana amalan kita dengan anak-anak.

Didikan, kasih sayang dan perhatian yang kita telah curahkan pada anak menjadi timbangan kemudian hari nanti.

Ingat ya! Kita kerja untuk sara anak-anak bukan nak sara bos..

Senyum walaupun tengah hadap jem..

p/s : Nak jadi mak ayah yang lebih tenang dan tak mudah kelam kabut? Join Telegram t.me/CoretanFhais

********


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen