8 Hadiah Untuk Ibu Mertua.

Apabila sudah berkeluarga pasti ingin menjaga hati semua pihak, terutamanya ibu kepada pasangan kita. Ibu mertua juga adalah individu yang anda perlu hormat dan sayang sebagai ibu sendiri, selain dari ibu kandung anda. Untuk mengambil hati mereka, jom buat penyediaan hadiah tidak kira pada hari jadinya atau ulang tahun perkahwinan.

Antara hadiah yang anda boleh beri adalah…

1. Barangan dapur.

Image result for barangan dapur yang murah

Jika anda lihat ibu mertua sering menggunakan barang dapur yang sama sudah bertahun-tahun, apa salahnya berikan barang dapur yang baru. Pasti mereka akan terharu. Anda boleh sahaja dapatkan barangan dapur yang murah dan berkualiti di MR. DIY. Di sana, pasti anda sendiri juga rambang mata untuk memilih.

2. Beg tangan jenis kulit sintetik.

Image result for sintetik handbag

Beg ini sesuai dipakai ke mana-mana tempat atau acara kerana warnanya yang senang untuk dipadankan dengan warna baju. Terdapat banyak poket dan ruang untuk meletakkan barang didalam beg dan yang paling penting ialah berzip. Ia juga mempunyai tali yang panjang untuk menyilangkan beg bagi yang tidak suka memegang beg tangan.

3. 100-mins Muslimah Full Body Massage + Sauna.

Pakej ini menyediakan pakej urut seluruh badan selama 1 jam dan sauna selama 40 minit. Badan akan rasa lebih segar kerana pakej ini dapat bantu menenangkan urat-urat yang tegang. Ia direka khas untuk wanita muslimah supaya mereka berasa lebih selesa. Selain itu, sesi sauna dapat menghilangkan toksik yang ada terkandung didalam badan.

4. Makanan berkhasiat yang baik untuk kesihatan.

Image result for bird nest, chia seed makanan berkhasiat

Terdapat pelbagai makanan yang berkhasiat yang anda boleh cari iaitu chia seed, bird nest dan virgin oil. Ia sangat elok untuk dikalangan ibu makan, bagi mencegah penyakit kerana semakin meningkat umur, semakin banyak penyakit yang akan datang. Selain itu, bird nest makin diterima oleh masyarakat umum kerana khasiatnya yang dapat membantu mereka yang mempunyai masalah kesihatan.

Related image

5. Set mandian yang diperbuat daripada minyak zaitun.

Set mandian yang diperbuat daripada minyak zaitun

Hadiahkan set mandian ini dari hujung rambut hingga hujung kaki untuk menambahkan lagi keyakinan ibu mertua anda. Terdapat 3 jenis benda didalam set ini iaitu sabun mandian, body butter dan body scrub. Produk yang diperbuat daripada minyak zaitun mempunyai sifat anti-penuaan, sesuai untuk mereka yang berusia lebih matang.

6. Pouch.

Image result for pouch set

Cari pouch yang mempunyai kualiti tinggi dan diperbuat daripada kulit yang tahan lama. Pilih pouch yang berwarna terang seperti merah jambu ini mempunyai ruang luas untuk mengisi duit serta 4 ruang untuk kad. Pouch yang bersifat minimalist, sesuai untuk mereka yang bergaya simple dan mudah yang inginkan beg praktikal.

7. Set pinggan mangkuk moden.

Set pinggan ini berkonsepkan moden kerana warna yang digunakan ialah hitam dan putih. Ia juga mempunyai corak geometri yang membuatkan pinggan ini nampak lebih elegan. Terdapat beberapa jenis pinggan didalam set ini iaitu piring, pinggan, mangkuk serta cawan.

8. Coffee Machine.

Related image

Ibu mertua peminat tegar kopi dan selalu ke kedai semata-mata untuk mendapatkan secawan kopi?  Tidak perlu lagi pergi ke kedai untuk mendapatkan secawan kopi kerana mesin ini dapat menyediakan kopi yang sangat sedap. Selain itu, ia dapat menghasilkan aroma kopi yang agak kuat serta mudah dibersihkan.

Semoga Bermanfaat!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen