Antara Barang Keperluan Yang Perlu Dibawa Masuk ke Rumah Baru Selepas Berkahwin.

Oleh: Zuzu Yasmine

Anda dan pasangan sudah pasti telah membuat perancangan ingin tinggal di mana selepas kalian mendirikan rumahtangga. Sama ada rumah ibu bapa ataupun rumah sendiri. Jika kalian tinggal bersama di rumah sendiri, terdapat barang-barang yang perlu anda sediakan bahkan beli untuk kegunaan harian.

Bagi elak berhutang mahupun membazir, pasti ada beberapa yang anda perlu beli terlebih dahulu dan mengutamakannya. Yang selebihnya, anda boleh membelinya secara sedikit demi sedikit. Tapi barang apa yang anda perlu utamakan terlebih dahulu?



Ini adalah barang utama yang anda perlu beli terlebih dahulu:

1. Tilam.
2. Almari.
3. Kipas.
4. Mesin basuh.
5. Dapur gas.
6. Rak dapur.
7. Peti sejuk.
8. Set pinggan mangkuk.
9. Set cawan.
10. Periuk nasi.
11. Set periuk belanga.
12. Set kuali.
13. Cerek.
14. Set sudu, sudip dan lain-lain.

Barang-barang ini anda perlu utamakan kerana anda akan menggunakannya pada rutin harian anda. Jika anda tidak memiliki barangan ini, ia akan mengganggu anda melakukan tugas isteri mahupun anda. Jadi ketika hendak memasuki rumah baru, barang ini anda perlu utamakan terlebih dahulu.



Manakala, yang ini pula anda boleh membelinya selepas anda mempunyai kewangan yang kukuh selepas kahwin. Bahkan anda juga boleh membelinya sedikit demi sedikit. Berikut adalah barang-barangnya.

Barang yang anda boleh beli kemudian:

1. Televisyen.
2. Katil.
3. Sofa.
4. Meja makan.
5. Permaidani.
6. Cermin besar.
7. Meja solek.
8. Almari yang stabil.
9. Rak televisyen.
10. Penghawa dingin.

Jika anda membeli barang-barang ini sekaligus diawal-awal, ia akan membuatkan anda terpaksa menanggung hutang. Malah anda juga akan terlupa membeli barang-barangan yang penting yang patut anda utamakan.

Hal ini kerana, barang ini bukanlah keperluan yang perlu anda titikberatkan, ia adalah kehendak untuk membuat kehidupan anda lebih selesa sahaja. Jadi jika anda tidak membelinya terlebih dahulu, ia tidak akan membebankan anda.
Bukan itu sahaja, majlis kalian baru sahaja selesai pasti banyak duit yang telah habis di majlis tersebut. Jadi ini adalah salah satu cara untuk anda dan pasangan mulakan hidup yang bersederhana dan selesa.

Tapi pastikan anda berbincang dengan pasangan anda dahulu akan perkara penting yang ingin dibeli. Cuba untuk cari kesefahaman bersama dan cuba untuk bertolak ansur. Agar permulaan hidup baru ini akan lebih ringan tanpa rasa terbeban.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen