Antara Makanan Tinggi Serat Yang Enak Untuk Dimakan.

Oleh: Zuzu Yasmine

Tubuh badan memerlukan serat yang cukup mengawal gula dalam darah, merendahkan kadar kolesterol dalam badan dan pelbagi lagi kebaikan yang anda perlukan melalui serat ini.


Serat ini tidak hanya datang daripada buah-buahan mahupun sayur-sayuran sahaja. Tetapi ia juga datang daripada makanan kegemaran kalian. Yang penting ia bukan berwarna hijau dan berasa pahit.

Jangan terkejut pula ye!



Cakap sahaja tentang serat, tentu akan terbayang sayur hijau yang pahit dan tawar. Sebenarnya banyak makanan tinggi serat yang bukan sahaja sihat tetapi sedap dan enak.

Apakah contoh makanan tinggi serat yang enak? Antaranya:

1. Capati.

2. Buah-buahan segar seperti epal, pisang, dan anggur.

3. Bubur oat.

4. Roti mil penuh.

5. Tauhu sumbat.

6. Biskut tinggi serat.

7. Tepung mil penuh.

Ini ialah sumber makanan yang kerap dan mudah didapati. 





Mengapa perlu ambil serat?

Ramai tahu serat adalah penting untuk dimasukkan ke dalam diet tetapi tidak ramai yang tahu mengapa. Mari lihat sebabnya.

1.  Membantu pergerakan najis di dalam usus.

Serat meningkatkan berat dan saiz serta membuatkan najis menjadi lembut. Saiz najis yang besar dan lembut memudahkan ia bergerak di dalam usus dan mengelakkan berlaku sembelit. Jika najis anda terlalu berair dan cair, serat membantu mengeraskannya dengan menyerap air dari najis.

2. Merendahkan kadar kolesterol.

Kolesterol tidak semestinya tinggi dalam kalangan orang berbadan besar sahaja. Orang kurus juga boleh megandungi tinggi kolsterol. Kolesterol tinggi meningkatkan risiko pelbagai penyakit termasuk penyakit jantung dan strok. Kedua-duanya merupakan antara sebab utama kematian di peringkat global.

3. Mengawal gula dalam darah.

Selepas kolesterol, serat juga memainkan peranan dalam mengawal kadar gula dalam darah. Penghidap diabetes seharusnya menjadikan serat sebagai teman rapat mereka. Namun, tak perlu tunggu sehingga menghidap diabetes untuk mula mengambil makanan tinggi serat. Diet yang mengandungi nutrien ini boleh mengurangkan risiko diabetes.

4. Memanjangkan umur.

Pemakanan sihat, khususnya tinggi serat, terbukti boleh melanjutkan usia melalui pencegahan penyakit kronik termasuk penyakit jantung dan kanser. Tanpa mengeluarkan kos tinggi untuk membeli pelbagai jenis suplemen atau jus kesihatan, pengambilan makanan tinggi serat terbukti membantu memanjangkan jangka hayat anda.

Selepas ini jangan runsing apabila tidak memakan buah-buahan atau sayuran.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen