Apa Yang Ada Dalam Hati Lelaki Ketika Pertemuan Pertama.

Oleh: Rafi

Eh gadis manis diluar sana, pernahkan anda tanya pasangan anda tentang apa yang ada didalam hati kekasih hati anda ketika pertemuan pertama. Kebanyakan lelaki akan menjawab berkenaan kecantikan dan keperibadian anda. Tapi apa yang sebenarnya lelaki simpan dalam hati mereka ketika pertemuan pertama?



Ketika bertemu anda.

Pada saat ini, lelaki kebiasaannya tertanya-tanya samada anda anda sanggup menerimanya ataupun tidak. Adakah keterampilan mereka cukup sempurna untuk memetik bunga ditaman.

Ketika dipertemukan dengan bekas kekasih.

Sesungguhnya ini merupakan perkara yang paling tidak digemari oleh kaum lelaki. Mereka tidak mahu dipandang rendah dan takut diperlakukan sebegitu. Oleh itu, wanita haruslah memainkan peranan yang bagus bagi menambat hati kekasih anda ketika itu.



Ketika bertemu dengan orang tua.

Bertemu dengan orang tua pasangan merupakan perkara yang paling ditakuti oleh sebahagian jejaka. Ketika itu, lelaki hanya fikirkan tanggungjawab yang bakal mereka bawa kelak.

Ketika bertemu dengan saudara anda.

Lelaki yang ego akan cuba berlakon untuk menjadi ramah. Apa yang tidak disenangi tentang saudara anda, mereka akan buang jauh-jauh. Apa yang mereka fikir adalah ingin menjalinkan hubungan baik antara mereka.

Ketika bertemu kawan anda.

Kebanyakan lelaki akan menampakan sifat cemburunya ketika bertemu dengan kawan-kawan anda. Mereka seolah-olah berasa tidak selamat dengan pelbagai soalan yang bakal dilontarkan.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen