Bagaimana Untuk Jimatkan Kos Perubatan Anda? Jom Baca!

Setiap individu pasti memiliki kos perubatan, sama ada dalam masa yang dijangka atau tidak dijangka. Tetapi tidak semua individu memiliki insurans sekiranya berlaku kecemasan yang tidak dijangka ini. Situasi ini juga menyebabkan kos perubatan anda menjadi tinggi kerana ramai tidak menitik beratkan kos perbelanjaan tersebut.

Apa yang anda perlu lakukan, untuk mendapatkan rawatan dalam pada masa yang sama mahu berjimat. Jom ikuti langkah-langkah ini…

********

1. Dapatkan insurans / takaful perubatan yang komprehensif.

Masih ramai rakyat Malaysia yang memandang remeh kepentingan memiliki insurans / takaful perubatan. Bagi yang bekerja, kebanyakannya hanya bergantung kepada pelan insurans / takaful yang disediakan oleh pihak majikan.

Sebenarnya tidak semua insurans / takaful yang disediakan oleh majikan mampu menanggung kos rawatan untuk penyakit-penyakit kritikal atau kecacatan kekal, kerana kebanyakannya hanya mampu menanggung kos rawatan asas yang terhad. Anda akan terasa beban apabila terpaksa menanggung sendiri kos rawatan yang tidak diliputi oleh polisi insurans / takaful.

Oleh yang demikian, anda boleh melanggan polisi insurans / takaful yang komprehensif meliputi semua penyakit dan rawatan. Walaupun bayarannya mungkin sedikit mahal, namun ia amat wajar demi menjaga kesihatan anda dan keluarga.

2. Fahami polisi insurans / takaful anda.

Polisi insurans / takaful perubatan yang komprehensif hanyalah langkah pertama anda ke arah penjimatan kos perubatan. Anda juga perlu memahami dengan teliti akan kandungan polisi insurans / takaful anda. Fahami had perlindungan, kelayakan wad, kelayakan rawatan di klinik, kunjungan wad kecemasan, faedah selepas rawatan, dan sebagainya. Ini akan membantu anda daripada berbelanja lebih untuk perkara yang telah tertakluk dalam polisi insurans / takaful anda.

3. Jalani pemeriksaan kesihatan secara percuma.

Bak kata peribahasa, mencegah itu lebih baik dari mengubati. Tidak dinafikan pemeriksaan kesihatan dengan kerap itu amat digalakkan, tetapi kos yang mahal mungkin menghalang seseorang untuk menghadiri pemeriksaan kesihatan dengan lebih kerap.

Ditambah pula dengan kebanyakan polisi insurans / takaful yang tidak menawarkan pemeriksaan percuma melainkan ia adalah sebahagian daripada proses rawatan. Ini tidak seharusnya menghalang anda untuk lebih ekonomik dalam menjalani ujian saringan pemeriksaan kesihatan.

Anda boleh menjalani ujian saringan pemeriksaan kesihatan secara percuma yang disediakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia atau klinik swasta yang berhampiran

4. Buat perbandingan harga.

Jika anda ingin menjalani pemeriksaan di pusat perubatan swasta, klinik dan pusat perubatan swasta ada menyenaraikan ujian-ujian pemeriksaan kesihatan yang perlu dijalani. Anda perlu bertanya kepada doktor sama ada pemeriksaan tersebut adalah perlu, ataupun jika terdapat alternatif ubatubatan lain yang boleh diambil jika anda merasakan diagnosis dan ujian itu akan menelan belanja yang tinggi.

5. Dapatkan anggaran harga .

Ramai rakyat Malaysia tidak menyedari akan hal ini, tetapi anda boleh mendapatkan anggaran caj untuk rawatan anda sebelum anda menjalani rawatan tersebut. Jika penyakit anda tidak terlalu kritikal, anda boleh membandingkan rawatan yang sama di pusat perubatan yang lain. Untuk bayaran semula pula, jika kosnya terlalu tinggi, cuba dapatkan diskaun setakat yang boleh.

Langkah ini khusus untuk penyakit dan keadaan yang memerlukan rawatan jangka panjang, seperti patah tulang, kecederaan dan pembedahan. Sebagai contoh, jika anda perlu menjalani rawatan fisioterapi jangka panjang di hospital, minta pengurangan jumlah rawatan ataupun alternatif bagi menjalani rawatan tersebut di rumah.

Doktor anda akan memahami keadaan kewangan anda jika anda jujur, namun anda haruslah memberi keutamaan untuk menjalani gaya hidup sihat, amalkan pemakanan yang seimbang dan sentiasa bersenam bagi mengelakkan risiko diserang penyakit

********

Semoga Bermanfaat Dan Kekal Sihat!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen