“Bil Elektrik Melambung Tinggi, Apa Sebabnya?” Ikuti Tips Ini Untuk Jimat Dalam Perbelanjaan Rumah.

Bil elektrik di rumah sentiasa menjadi kerisauan pada pasangan suami isteri. Secara tiba-tiba sahaja melihat bil ‘melambung tinggi’ seolah-olah tidak masuk akal kerana anda berdua sedaya upaya berjimat dalam penggunaan elektrik. Dalam mahu berjimat dalam perbelanjaan rumah, penggunaan elektrik sering kali menjadi gangguan dalam hidup kalian.

Jadi, jom ikuti 7 langkah mudah ini, berkemungkinan ia sedikit sebanyak mendorong untuk berjimat dalam penggunaan elektrik…

1. Tutup pintu/langsir/tingkap.

Di Malaysia cuaca memang sering tidak dapat dijangka. Jika dalam keadaan cuaca yang panas, pasti anda mahu menggunakan penghawa dingin dimana-mana sahaja terutamanya di kawasan rumah anda. Sebagai contoh di ruang tamu. Ia adalah tempat terbuka dan memiliki kawasan yang luas berbanding dengan bilik anda, jadi ia pasti mengambil masa yang lama untuk sejuk.

Solusinya adalah, tutup pintu, langsir atau tingkap untuk memastikan kawasan ruang tamu anda cepat sejuk dan mendorong untuk jimat elektrik.

2. Tutup suis selepas guna.

Image result for plug socket

Majoriti dari masyarakat dan netizen pasti sudah mengetahui tentang perkara ini, kan? Bukan sahaja suis perlu ditutup setelah digunakan, malah cabut plug dari suis tersebut, termasuklah charger fon anda dan plug televisyen.

3. Peti sejuk.

Sama sahaja seperti point nombor 1, sesuatu tempat yang mengambil masa yang lama untuk sejuk akan menggunakan tenaga elektrik yang banyak. Jadi, pastikan peti sejuk anda terus ditutup selepas digunakan. Jangan biarkan ia terbuka dengan lama kerana kadang-kala ada sahaja dikalangan kita terlupa apabila leka dengan telefon bimbit.

4. Bersihkan filter pendingin hawa.

Perkara ini juga amat penting untuk anda ambil tahu kerana penghawa dingin yang langsung tidak dibersihkan atau service pasti filter akan tersumbat. Pasti kadang-kala anda merasakan kenapa ruang tamu tidak lagi sejuk, atau mengambil masa yang lama untuk sejuk. Situasi sebegini juga menyebabkan penggunaan elektrik yang mendadak.

5. Tukar mentol.

Pastikan anda menggunakan lampu LED kerana ia lebih menjimatkan elektrik. Dalam pada masa yang sama, ia tidak mengambil masa yang terlalu lama untuk menyala, malah ia juga tahan lama daripada lamu biasa.

6. Gosok baju dalam kuantiti yang banyak.

Salah satu barangan elektrik yang banyak menggunakan tenaga adalah seterika. Penggunaannya setiap hari pasti akan mendorong bil elektrik anda ‘melambung’ lebih-lebih lagi jika anda terlupa untuk tutup suis, dan menanggalkan plug dari soketnya.

Solusinya, gosok baju anda pada hari minggu dalam kuantiti yang banyak. Jika kerja 5 hari, terus sahaja gosok 5 baju untuk minggu tersebut.

7. Perhatikan label penggunaan tenaga.

Kemudian anda juga perlu pastikan barang elektrik anda dilekat dengan label penggunaan tenaga, seperti contoh gambar di bawah.

Jadilah pengguna yang bijak!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen