Fakta Antibiotik Yang Perlu Anda Tahu, Jangan Pandang Remeh.

Oleh: Zuzu Yasmine

Apabila kita pergi ke klinik, tidak kiralah demam panas atau sakit gigi, pasti doktor akan bekalkan kita sedikit ubat antibiotik untuk dihabiskan. Apa yang anda tahu mengenai antibiotik ini?

Ramai yang masih tidak tahu dengan jelas mengenai kepentingan ubat ini, bahkan ada juga yang tidak tahu bahaya ubat ini. Mengapa setiap kali menerima ubat ini kita perlu habiskannya? Mengapa kita tidak boleh memakan ubat antibiotik yang telah lama?

Mari ketahui fakta mengenai antibiotik ini.



1. Rawatan jangkitan bakteria.

Apa sebenarnya antibiotik ini? Secara umumnya, antibiotik adalah ubat yang digunakan untuk merawat jangkitan yang disebabkan oleh bakteria.

Antibiotik tidak berkesan terhadap jangkitan virus seperti demam biasa, selesema dan bronkitis akut iaitu sejenis keradangan atau kerengsaan pada saluran pernafasan di dalam paru-paru.

2. Antibiotik perlu dihabiskan.

Ini antara yang biasa kita dengar. Ubat antibiotik perlu dihabiskan kecuali dalam beberapa keadaan seperti antibiotik dalam bentuk ubat titis mata dan perlu dibancuh sendiri.

Sentiasalah patuhi arahan doktor atau ahli farmasi.





3. Antibiotik boleh mengakibatkan alahan.

Anda perlu memberitahu doktor jika terdapat alahan terhadap jenis ubat diambil sebelum ini. Ini kerana antibiotik juga boleh mengakibatkan kesan sampingan serius terutamanya jenis penicillin dan cephalosporin.

Sekiranya terjadi ruam, bengkak atau suhu badan menaik mendadak hingga 38 darjah celsius selepas mengambil antibiotik, segeralah berjumpa doktor.

4. Minum air banyak.

Jika anda makan antibiotik maka ambil lah air secukupnya. Sesetengah antibiotik dikumuhkan melalui buah pinggang dan larut dalam air kencing.

Oleh itu banyakkan minum air untuk memudahkan penyingkiran sisa antibiotik melalui buah pinggang.



5. Jangan sesekali makan lebihan antibiotik.

Jangan sekali-kali mengambil antibiotik tanpa preskripsi atau arahan doktor!

Selalunya, jika anda tidak menghabiskan antibiotik yang dipreskrib, anda mungkin akan terdorong untuk menggunakan baki yang ada pada masa akan datang. Lebih teruk lagi jika anda bermurah hati memberikannya kepada orang lain.

Sebenarnya, antibiotik merawat jenis jangkitan yang khusus dan antibiotik anda mungkin tidak cukup untuk merawat jangkitan yang baru. Jadi janganlah pandai-pandai makan lebihan atau sedekah kepada pihak lain ya!

Selepas ini apabila menerima ubat antibiotik ini jangan lupa habiskan dan meminum air yang banyak ye!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen