Ingin Membeli Barangan Bayi Melalui Online? Ini Tips Yang Perlu Anda Tahu.

Oleh: Zuzu Yasmine

Membeli barang secara online dikatakan lebih mudah dan menjimatkan masa pada ketika ini. Mana tidaknya, dengan masa yang sibuk dan padat sudah pastilah segalanya mahukan yang pantas. Terutama jika ibu-ibu yang mengandung ini sibuk dengan kerjaya mereka bahkan juga mudah penat apabila berjalan jauh. Bukan itu sahaja, jika hendak keluar pada hujung minggu pula, pastilah ia penuh dengan kesesakkan pula.

Untuk mengelakkan perkara sebegini, pasti ramai yang membuat pilihan untuk membeli barangan bayi melalui online. Selain daripada menjimatkan kos, pembelian online ini juga dikatakan lebih murah berbanding harga di kedai. Perkara sebegini juga sudah tidak susah untuk dilakukan, banyak sahaja laman-laman web yang menyediakan perkhidmatan seperti ini. Bahkan, barangan juga anda boleh pilih dari yang berjenama hinggalah yang biasa sahaja.

Namun begitu, anda perlu ingat beberapa perkara sebelum membeli barangan disini. Mana tidaknya, anda hanya mampu melihat melalui gambar sahaja, ukuran dan jenis bahan anda tidak dapat melihatnya dengan jelas. Jadi inilah tips yang perlu anda ambil tahu dan praktikan.





1. Lihat due date anda.

Menyediakan barangan untuk anak kecil ini sudah pastilah sangat menyeronokan. Pelbagai jenis corak dan reka bentuk pasti membuat anda rambang mata untuk memilih yang mana menjadi pilihan terakhir anda. Oleh sebab itu, anda perlu buat pilihan dengan segera, dan tidak melengahkan masa. Mana tidaknya penghantaran barang tersebut mungkin akan mengambil sedikit masa. Tidak lupa juga, sesetengah barang mempunyi tarikh luputnya. Pasti anda mahukan barang tiba tepat pada waktunya sekaligus barangan tersebut masih boleh diguna pakai.



2. Perhatikan saiz produk.

Sebelum membeli, pastikan dahulu anda perhatikan saiz barangan tersebut. Pastikan anda membeli produk yang bersesuaian dengan saiz anak anda. Jika anda terlalu banyak membeli ia mungkin akan menyebabkan pembaziran. Mana tidaknya, bayi akan menjadi lebih besar dalam masa yang agak cepat. Bahkan jangan terlalu risau, pasti kenalan anda akan memberikan baju bayi yang bersesuaian dengan anak anda.



3. Selidik setiap bahan terhadap produk bayi.

Seperti yang kita ketahui, kulit bayi sangat sensitif. Tidak semua bahan dalam produk pakaian bayi akan sesuai dengan jenis kulit bayi. Oleh itu, adalah baik untuk melihat bahan pada produk bayi yang akan anda beli. Anda boleh mendapatkan maklumat melalui buku, internet, dan meminta bantuan pakar jika ingin lebih mudah.





4. Ketahui cara penggunaannya.

Bagi mengelakkan pembaziran, pastikan anda mencari barangan yang mudah untuk digunakan dan tidak merumitkan anda. Terutama jika anda membeli stroller, bouncer dan peralatan lain, ia akan menjadi pembaziran jika anda tidak tahu menggunakannya dengan cara yang betul.



5. Pertimbangkan harga.

Ini adalah perkara yang perlu anda titikberatkan. Sebelum menekan butang click, adalah lebih baik anda membuat berbandingan harga barangan tersebut dengan kedai mahupun barangan laman web yang lain. Sekiranya terdapat item dengan fungsi yang sama, pilih harga yang lebih berpatutan.

Bagi mengelakan barangan yang dibeli itu tidak boleh digunakan ataupun terlalu banyak, pasti anda mengikuti tips-tips ini. Mana tidaknya, jika anda terlalu leka dan mengikut segala kehendak anda, pasti akan berlaku pembaziran. Buat keputusan yang bijak.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen