Jangan Terlalu Kerap Amalkan ‘Cheat Day’. Amalkan 8 Tips Ini Supaya Anda Tidak Makan Berlebihan.

“Asal weekend je, cheat day…”

“Asal weekend je, cheat day…”

Pada mereka yang sedang menjaga pemakanan, pastu tahu tentang cheat day ini. Ketika hari biasa, isnin sehingga jumaat, elok sahaja menjaga pemakanan, menjaga nutrisi dan zat dalam makanan, tetapi tiba sahaja pada hari minggu, semuanya mahu dimakan. Jadi, adakah dengan cara begitu anda dapat mengekalkan diet dengan sihat?

Adakah anda merasakan, cheat day hanya 2 hari sahaja tidak mampu mempengaruhi diet anda untuk keesokan hari? Jika terlalu kerap cheat day, kemungkinan besar ia akan mempengaruhi diet anda menjadi tidak seimbang. Setiap minggu nak cheat day. Tiba-tiba, pada minggu tersebut anda mengalami kitaran haid, sudah pasti craving makanan yang manis pula. Jadi, bagaimana mahu kawal makan berlebihan ini?

Jom amalkan 8 tips ini…

1. Minum air kosong dengan secukupnya.

Apa yang dimaksudkan dengan minum air kosong atau mineral dengan secukupnya?

Related image

Apabila tiba cheat day anda, jangan pula terus meninggalkan air kosong anda.

2. Jangan sesekali pergi ke mana-mana majlis dalam keadaan perut kosong.

Cuti sahaja pasti ada kenduri kahwin. Bukan 1 kenduri sahaja, pasti banyak jemputan yang anda terima dalam satu hari, kan? Jadi, pastikan anda pergi ke majlis tersebut dengan mengalas perut makanan yang tidak mengenyangkan. Jangan amal pergi dengan perut kosong kerana ia mendorong anda untuk makan dengan banyak.

3. Sebelum anda menghadiri mana-mana majlis besar, makan satu mangkuk besar salad sayuran segar.

Jadi, amalkan makan semangkuk salad atau sayur-sayuran yang segar sebelum pergi ke majlis perkahwinan rakan anda. Nanti ketika di majlis, sudah tentu anda akan rasa sedikit kenyang, dan makan dalam portion yang sedikit sahaja. Ini akan mendorong anda, untuk makan sedikit dengan berulang kali.

4. Sentiasa kunyah buah-buhan ataupun sayur-sayuran sepanjang hari.

Walaupun cheat day, jangan lupa untuk makan makanan yang bernutrisi, ya! Amalkan buah-buahan sebagai kudapan anda. Jika ia menjadi amalan, sudah tentu anda sukar untuk makan makanan yang tidak sihat secara berlebihan.

5. Makan badam tetapi tidak terlalu banyak.

Selain sayur-sayuran atau buah-buahan sebagai kudapan, amalkan juga 2 auns badam kerana ianya adalah lemak yang baik, serta dapat mengalas perut anda sementara.

6. Sering bersenam.

Cheat day pun, anda jangan lupa bersenam tau! Tiada alasan jika anda dalam mood sedang bercuti, namun anda boleh sahaja mengubah aktiviti atau senaman. Tidaklah terlalu bosan.

7. Jangan pergi ke kedai runcit apabila anda sedang lapar.

Jika anda tidak mengamalkan dengan makan portion yang sedikit dengan kerap, ia akan diakhiri perut anda yang sering dalam kelaparan. Petang je makan Ramen Samyang? Eh!

8. Elakkan kentang putih.

Kentang putih mungkin sayur-sayuran, tetapi ianya tidak kaya dengan nutrien, jadi cuba tukar dengan keledek, lobak merah ataupun kacang.

Semoga Bermanfaat Dan Selamat Beramal!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen