Jenis-Jenis Tabung Bencana Kewangan Bagi Wanita.

Oleh: Zuzu Yasmine

Seorang wanita perlu bijak mengatur masa depannya. Dalam kehidupan ini tidak selalunya cerah. Pelbagai kemungkinan akan berlaku dalam sekelip mata sahaja tanpa kita duga. Tidak kiralah bila ia akan berlaku, sama ada besok, lusa mahupun minggu depan.

Walaupun anda memiliki pasangan hidup yang mampu memberikan anda segalanya, itu tidak menjamin yang anda akan memiliki kehidupan yang baik dikemudian hari. Bak kata pepatah, sediakan payung sebelum hujan. Kita tidak mahu perkara yang buruk itu berlaku tapi pada masa yang sama kita perlukan sesuatu untuk melindungi diri kita apabila berhadapan dengan perkara tersebut.

Jadi, anda perlulah menjadi seorang wanita dan juga isteri yang bijak. Bukan pinta suami anda kemewahan semata-mata, tapi pentingkan juga 4 perkara ini. Mari ikuti perkongsian daripada Dr. Azizul Azli Ahmad mengenai tabung bencana kewangan wanita.



JENIS BENCANA KEWANGAN WANITA.

1. Kematian Suami atau Ketua Keluarga.

Mintak suami beli Takaful Perlindungan pendapatan, jika suami meninggal isteri dapat pampasan 10 tahun pendapatan. Pujuklah dengan baik bermula sekarang.

Ada perlindungan serendah RM25-50 sebulan.

2. Bercerai dan Kehilangan Kerja.

Ushakan beli sebuah rumah kecil sewaktu mula kerja, biar buruk pun tak mengapa. Jika apa berlaku kita ada pendapatan sewa atau jika dihalau suami durjana ada kediaman sendiri.



3. Masalah Kesihatan Ketua Keluarga.

Pastikan ada Takaful perlinduangan atau jika mampu kad perubatan. Keutamaan adalah Takaful perlindungan dari kad perubatan jika bajet kita kecil.

4.Tiada Kebebasan Kewangan Peribadi.

Kawal hutang kita, jangan bina hutang lebih dari 40% gaji walau suami pujuk suruh beli kereta Honda Siti.

Jangan tunggu lelaki kaya, jadilah kaya. Kongsikan jika bermanfaat.

Jangan melengahkan masa yang ada, mula bertindak dari sekarang. Anda tidak tahu apa yang akan terjadi pada masa akan datang.





 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen