9 Tanda Anda Bakal Jadi Orang Berjaya.

Sebagai seorang muslim, mengecapi falah atau kejayaan dalam kehidupan itu adalah sebagai tanda anda seorang yang bertanggung jawab. Bukan sahaja bertanggung jawab dalam mengendalikan urusan kehidupan, malah dari segi semua aspek seperti kerjaya, kewangan, kesihatan dan seumpama dengannya.

Untuk mengejar kejayaan dalam hidup ini, perlu adanya kesedaran dalam diri sendiri supaya mengubah lifestyle anda daripada berfikiran negatif kepada positif. Jika hidup asyik mengandaikan perkara yang negatif sahaja, seperti tiada solusi dalam setiap perkara malah sering melihat kesalahan orang, pasti ia memberi kesan buruk dalam hidup anda.

Oleh itu, ketika pada usia yang muda anda perlu sedari dan mengejar kejayaan ini supaya dapat melahirkan generasi yang cemerlang pada masa akan datang. Tambahan, ia juga pasti menjadi refleksi pada anak-anak anda kelak.

Jom lihat 9 tanda anda bakal menjadi orang yang berjaya ini….

1. Anda gembira apabila melihat orang lain berjaya.

Dalam diri anda tiada perasaan hasad dengki dan terlalu cemburu dengan kejayaan orang lain. Anda anggap ia sebagai cabaran hidup, dan yang anda tahu hanyalah untuk dijadikan sebagai inspirasi. Menumpang kegembiraan dan kebahagiaan orang lain menandakan anda seorang yang matang dan rasional.

2. Anda sering mencari pengalaman baru.

Sebagai contoh, 5 tahun bekerja dalam bidang yang sama, tempat yang sama sedikit sebanyak akan mempengaruhi minda anda sukar untuk berkembang dan maju. Malah anda juga seperti tertakluk pada satu info sahaja tanpa peningkatan daya kreatif minda anda. Jadi, cuba juga berfikir di luar kotak untuk menjana pendapatan.

3. Anda tidak fikir tentang work life balance, anda hanya berfikir tentang life.

Sebagai umat Islam, apakah keseimbangan dalam hidup yang anda cari? Sudah pasti untuk berjaya di dunia dan akhirat, kan? Begitu juga dengan kehidupan seharian anda. Jangan fikirkan tentang duniawi sahaja, fikirkan tentang pengisian untuk jiwa supaya anda bercita-cita untuk ke syurga Allah SWT.

Jangan kerja sahaja, tetapi tak jaga pemakanan yang sihat….

Jangan kerja sahaja, tetapi mengabaikan perasan ibu dan bapa….

Jangan kerja sahaja, sehingga terabai isteri dan anak-anak….

4. Anda mempunyai empati yang tinggi.

Mempunyai kemahiran dalam memahami perasaan dan emosi orang lain ini sedikit sebanyak membantu anda mempunyai empati yang tinggi. Perkara ini amat penting dalam diri anda supaya anda kekal merendah diri (humble) dan tidak meletakkan diri anda tinggi dari orang lain. Semuanya sama taraf sahaja.

5. Anda mempunyai sesuatu yang ingin anda buktikan kepada diri anda sendiri.

Jika anda bercita-cita mahu mengejar kejayaan dalam dunia dan akhirat, pasti ada sesuatu yang anda ingin buktikan pada diri sendiri. Sebagai contoh memperbaiki diri dari segi agama, kewangan, dan pengaturan hidup.

6. Anda tidak peduli kerja lebih 40 jam seminggu.

Anda juga tidak mengendahkan dengan kata-kata orang. Yang penting anda sendiri yang mahu menjamin masa hadapan terurus dengan pencarian rezeki dimana-mana sahaja tanpa mengira waktu.

7. Anda melihat wang sebagai satu tanggungjawab, bukan ganjaran.

Malah anda juga bijak dalam mengendalikan urusan kewangan, bukan sahaja ketika bujang, tetapi selepas berkahwin juga. Duit dan pendapatan anda adalah sebuah komitmen yang anda perlu uruskan dengan bijak, bukan terus belanja mengikut hawa nafsu.

8. Anda tidak fikir anda istimewa.

Seperti point nombor 4, sekiranya anda memiliki sikap empati yang tinggi, anda bakal merasakan setiap manusia itu adalah makhluk Allah yang perlu sama-sama dalam mencari rezeki. Hamba Allah yang perlu melaksanakan setiap amanah yang diberi.

9. Kemudian anda juga menyedari bahawa kejayaan adalah sekejap, tetapi maruah dan rasa hormat kekal selama-lamanya. Kerana itu pentingnya mengejar falah di dunia dan akhirat. Bukan dunia semata-mata.

Semoga Kita Semua Bakal Menjadi Orang Yang Berjaya.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen