Pasangan Ibu Bapa Harus Mengikuti 4 Tips Ini Untuk Memupuk Anak Mengamalkan Budaya Membaca.

Memupuk anak untuk membaca sejak dari kecil sebenarnya agak membingungkan para ibu bapa pada zaman sekarang kerana teknologi yang semakin berkembang. Dengan wujudnya gadget-gadget seperti telefon bimbit, komputer riba, atau tab sedikit sebanyak mempengaruhi anak-anak kecil untuk tidak mengendahkan buku-buku disekelilingnya.

Namun, sekiranya ia dimulakan dengan tindakan dan perbuatan dari ibu bapa itu sendiri, pasti ia akan mempengaruhi minda anak-anak untuk mengikuti idola terbesar mereka. Bukan sahaja budaya membaca ini penting untuk anak-anak menjadi suka membaca, malah ia membantu untuk perkembangan otak supaya mereka lebih cemerlang dalam pelajaran.

Jom ikuti perkongsian dari saudara Hafizul Hakim ini…

********

1. Usah risau terlalu melampau jika anak-anak kita 'slow' sedikit dalam pelajaran. Apa yang mereka perlukan sekarang adalah perhatian serta sokongan dari kita sebagai ibu bapa.

2. Mengherdik, memaki hamun serta membanding-bandingkan mereka dengan rakan-rakan tak akan bantu mereka ubah jadi lebih baik.

3. Sebaliknya, luangkan masa bersama mereka cari 'root problem' subjek yang lemah. Sama-sama bantu pupuk minat mereka supaya tak terus 'give up' dalam subjek itu.

4. Saya dapat tips dari ibu bapa yang punya anak cemerlang dalam pelajaran, mereka nasihatkan saya untuk fokus pada 4 tips ini untuk bentuk habit dan minat anak untuk belajar;

WUJUDKAN SUASANA BELAJAR

  • Keluarkan sedikit duit untuk sediakan meja khusus untuk anak-anak kita belajar. Dekat shoppee dan Lazada ada banyak jual meja yang harganya murah.
  • Disitu nanti lengkapkan dengan lampu meja, rak tersusun rapi, sharpener untuk tajamkan pensel. Biar mereka ada rasa tanggungjawab untuk kemaskan meja sebelum dan selepas belajar.
  • Kalau anak kita minat jadi pilot, gantung poster kecik suasana kokpit di depannya. Bila ada cita-cita, anak-anak kita ada 'extra push' dalam diri mereka untuk minat belajar.

PELBAGAIKAN BAHAN BACAAN

  • Saya sendiri letakkan buku bacaan berbentuk komik, majalah teknologi berbahasa inggeris serta buku Fadhilat Amal. Kekadang mereka ada masa malas, tak apa. Baca saja buku/majalah yang penting mereka membaca.

MENAMPAL GAMBAR

  • Tampal gambar kenangan bersama keluarga untuk wujudkan 'mood' gembira pada anak-anak. Letak gambar ketika mereka masih bayi, gambar sambut birthday atau ketika bercuti.

MELETAK AYAT-AYAT BERMOTIVASI

  • Lekatkan ayat-ayat positif atau quote-quote yang mereka mudah faham misalnya "I can do it!", "Everyone born as a winner" dan sebagainya. Ada anak yang cepat tangkap dan ada juga yang slow, tak apa. Yang paling penting mereka tak 'fed up' belajar.

5. Semoga perkongsian saya ini sama-sama kita amalkan dan buat untuk anak-anak. Mereka masih dalam proses pembelajaran dalam kehidupan.

Teruskan berusaha dan berdoa untuk mereka. Insha Allah.

********

Semoga Bermanfaat dan Selamat Membaca!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen