Antara Tips Menjadi Isteri Kesayangan Suami, Wanita Wajib Ambil Tahu.

Oleh: Zuzu Yasmine

Menjadi isteri kesayangan suami sudah pastilah menjadi impian bagi setiap wanita di dunia ini. Di mana mereka ini akan mendapatkan suami yang begitu prihatian terhadapnya malah menghargai setiap perkara yang isterinya lakukan. Tidak cukup dengan itu, dia juga mahukan suami yang setia bersamanya sepanjang hanyat mereka bersama.

Miliki rupa paras yang menawan itu adalah satu kelebihan tapi ia belum tentu menjamin kebahagiaan anda pada masa akan datang. Mungkin pada masa bercinta wajah anda yang putih mulus itu akan menjadi pujaan hatiya. Tapi selpeas berkahwin, ia pastilah akan berubah.



Tahukan anda wahai bakal isteri dan isteri-isteri, untuk mendapatkan perhatian dan kasih sayang yang anda inginkan itu, anda perlu lakukan beberapa perkara perlu anda lakukan. Berikut adalah tips yang boleh anda amalkan untuk memastikan suami anda sentiasa memberikan kasih sayang dan perhatiannya sepanjang perkahwinan anda bersamanya.

1. Berhias tapi tidak menggunakan solekan yang tebal cukup sekadar anda hanya membuat wajah anda kelihatan manis ketika di rumah. Jangan apabila ingin keluar rumah sahaja baru berhias.

2. Menjadi isteri yang menyenangkan, di mana boleh menerima gurauan suami. Kebanyakan suami suka menyakat dan bergurau senda dengan isterinya. Jangan cepat melenting mahupun merajuk.

3. Menghormati dan mengutamakan suami. Meminta izin jika hendak ke mana-mana dan sentiasa menerima pandangan serta keputusan suami dalam menguruskan rumahtangga. Yakin bahawa suami anda adalah pemimpin yang hebat.

4. Sentiasa bersikap sederhana dan tahu kemampuan suami. Tidak penah menyusahkan suami dengan perkara yang di luar kemampuannya.

5. Tahu memanjakan suami, bukan hanya anda sahaja ingin bermanja. Sebagai contoh, memotong kukunya, menyediakan air apabila dia pulang dari kerja ataupun mengurut badannya apabila dia kelihatan penat.

6. Menjadi seseorang yang bijak dan pengetahuan, barulah boleh menjadi rakan komunikasi yang baik buat suami anda.



7. Menghormati ruang peribadinya, jangan terlalu buruk sangka dengan menyelongkar barang peribadinya seperti telefon bimbit ataupun media sosialnya.

8. Jangan membandingkan suami anda dengan suami orang lain, tidak kiralah dari segi kesenangan yang diberikan ataupun penampilan dirinya.

9. Tahu menjaga maruah suami apabila keluar dari rumah bahkan, anda juga sentiasa menjaga diri anda apabila di luar rumah.

10. Sentiasa anda ketika waktu susah senangnya. Di mana memberikan semangat apabila dia mula menyerah dan menyokongnya dalam setiap perkara yang ingin dilakukannya.

11. Bijak mengambil hati dan sentiasa baik dengan ibu mertua anda. Hal ini kerana, suami lebih senang dan bahagia jika isteri dan ibunya sentiasa berbaik.

12. Mahir menguruskan rumah seperti rajin mengemas rumah dan tahu memasak makanan kegemarannya.

Jika anda mengamalkan tips-tips ini, insyaallah pasti anda akan menjadi isteri kesayangan buat suami anda. Bahkan dirinya sentiasa menyayangi dan menghargai anda.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen