“Menunggu Orang Perempuan Shopping Ni Ada Hikmahnya….” Ikuti Perkongsian Ini.

Kaum lelaki menunggu para isterinya membeli belah sudah menjadi kebiasaan pada zaman sekarang. Situasi begini seakan sudah lali bagi para lelaki. Nanti tak layan nak pergi shopping, merajuk muncung mulut sedepa, susah pula nak memujuk, antara luahan hati lelaki.

Akan tetapi seperti perkongsian dari saudara Mohd Fhais ini, beliau dapat melihat hikmah disebalik menunggu isterinya membeli belah, bukannya terus mengikut emosi, jom lihat penjelasannya…

********

Walaupun duduk di tepi tembok, dengan panas terik, sambil gendong aish rizqi, dalam masa yang sama annur rania tak mahu duduk diam. Bertambah meluap-luap darah mendidih ke kepala masa tu.

Sejam juga kami para bapa-bapa ni tercongok depan kedai jeruk pak ali menunggu para mak-mak pergi mencari belacan. Termasuklah isteri saya..

Padahal masa beli jeruk pak ali ada je belacan kat situ, tapi tak nak beli. Nak juga cari belacan kertas kuning. Yang tu sedap katanya..

Dalam hati memang rasa nak sembur je bila diorang kembali nanti..

Tapi tak sangka betul !

Bila diorang kembali dengan beg plastik penuh di tangan, sambil bergelak ketawa, muka masing masing masa pergi tadi berkerut sekarang dah jadi lebar dengan senyuman di bibir.

Hilang terus rasa panas tadi, hilang terus ayat nak sembur.. tiba-tiba Allah datangkan rasa lega dan bersyukur.

Sebab itulah nafkah batin yang saya patut beri pada isteri iaitu bagi dia rasa gembira dan buat dia tersenyum.

Sampai dalam kereta isteri berceloteh tak habis-habis. Dia tunjuk bukan setakat belacan, baju, asam, jeruk semua dia ada beli. Siap belikan untuk kawan-kawan, untuk mak saya di jb, untuk kak yati dan mira.

Kalau nak tahu celoteh ni tanda bahawa emosi dan minda ( Emotion & Mental State ) isteri di tahap terbaik. Anak berak dalam kereta pun dia kata bau wangi.

Sebenarnya tak susah pun nak bagi isteri kita terapi emosi dan minda mereka, bagi je mereka peluang berjalan-jalan tanpa gangguan, sejam terapi boleh tahan bertahun bertahun selagi memori itu tak di cemari dengan semburan dan teguran negatif.

Sekali sekala bawa mereka jalan melihat tempat baru supaya boleh beri kesegaran ( Refreshment ) pada diri mereka kerana setiap hari mereka duk tengok dinding rumah, dinding kereta, dinding tempat kerja sahaja boleh buat diri mereka rasa terpenjara.

Jangan suka ikut emosi, cepat marah bila isteri lama memilih masa shopping sebab bukan mereka sengaja melambat-lambatkan tapi sebenarnya perasaan teruja ( Excitement ) memilih itu buatkan mereka lupa pasal masa tanpa sengaja.

Jadi tuan tuan, lepas ni kalau nampak isteri senyum lepas balik shopping berjam jam jangan sembur atau marah ya, nanti sia sia je pengorbanan anda menunggu berjam jam.

Walaupun tak makan belacan, saya tetap benarkan isteri beli asalkan dia bahagia.

********

Jangan Marah-Marah!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen