Para Isteri Perlu Tahu Amalan Yang Betul Untuk Penjagaan Telur Di Dapur.

Penjagaan makanan di dapur amat perlu dititik beratkan supaya anda dengan pasangan malah anak-anak tidak menjamah makanan yang tidak elok dan tidak bernutrisi. Semua makanan perlu dijaga rapi supaya kebersihan terjaga dan tahu bila tarikh luptutnya. Jika ingin makanan tahan lama, pastikan setiap penjagaan rapi tidak diendahkan.

Bagi para isteri mahupun suami, jangan mengambil endah dengan keadaan di dapur ya, terutamanya telur. Telur adalah sumber tenaga pada anak-anak, dan mudah dimakan. Jadi, jom amalkan penjagaan telur ini seperti perkongsian dari Dr Kamarul…

********

“Doktor, betul ke kalau nak telur tak cepat rosak, jangan cuci telur tu?”

Macam-macam pendapat, ada yang kata basuh dulu sebelum simpan sebab nak elak pencemaran dari tahi ayam. Ada pula yang kata jangan basuh dulu sebab nanti telur cepat rosak.

Mana yang betul? Jom lihat penjelasan pada kedua-dua pendapat ini.

JANGAN BASUH SEBELUM SIMPAN

Kalau kalian nak tahu, semasa proses bertelur ayam keluarkan sejenis cecair dikenali sebagai egg bloom atau cuticle.

Ianya umpama protective layer yang melitupi liang-liang di seluruh permukaan telur untuk elak kemasukan kuman ke dalam telur selain bantu kekal kelembapan dengan cara mencegah air dari meruap keluar dari kulit telur.

Jika basuh sebelum disimpan protective layer ni akan menipis / hilang. Inilah asas kepada pendapat yang tak galakkan telur dibasuh sebelum disimpan.

Tapi… kalau ada najis pada kulit telur, takkan nak simpan terus? Kotor dan berkuman, kan?

BASUH SEBELUM SIMPAN

Najis dan kulit telur boleh tercemar dengan kuman seperti Salmonella, dan ia boleh berpindah kepada makanan lain yang disimpan dalam peti sejuk.

Walaupun peti sejuk berada suhu yang rendah (4°C ke bawah) yakni bebas dari zon suhu bahaya (5°C-63°C), kita tetap perlu beringat!

Pada suhu itu, kuman tidak mati. Mereka hanya dorman(kurang aktif). Maka, kerosakan pada telur boleh berlaku walaupun pada kadar yang rendah.

Jadi perlu basuh buang najis pada kulit telur agar bersih dan tiada kontaminasi silang. Kalau simpan diluar pula, telur lagi akan cepat rosak.

AMALAN MANA YANG BETUL?

Tak usah gaduh-gaduh. Dua-dua betul dan boleh diamalkan. Kita ambil sikap diplomatik dan dasar terbuka. Kahkahkah macam politik pulak!

Kalau ada tahi yang jelas kelihatan, basuhlah telur-telur yang tercemar itu terlebih dahulu. Kita pun tak mahu peti sejuk kita dicemari kuman.

Tak perlulah sental kuat-kuat kulit telur tu sampai hilang semua protective layer-nya. Sekadar hilangkan najis. Kemudian simpan dalam bekas bertutup.

Bila nak memasak nanti, beri keutamaan pada telur yang telah dibasuh dahulu kerana ia lebih berpotensi dimasuki kuman dan rosak.

Telur yang tidak dibasuh sebelum simpan, hendaklah dibasuh sebelum digunakan. Nak sental sampai berkilat pun tak apa, asalkan tak guna wax kereta suami kalian. Hehe.

Oh ya! Pastikan masak telur dengan sempurna untuk elakkan keracunan.

Semoga bermanfaat!

********

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen