“Jadi Isteri Nanti Pasti Amat Memenatkan..” Jom Ketahui Manfaat Teh Hijau Untuk Kesihatan Anda.

Menurut kajian, rakyat di Jepun panjang umur kerana mengamalkan teh hijau dalam harian mereka. Satu kajian yang dijalankan ke atas lebih 40 ribu penduduk dewasa di Jepun yang minum teh hijau sekurang-kurangnya 5 cawan sehari menunjukkan jangka hayat mereka adalah lebih panjang.

Ini kerana teh hijau yang berasal dari Negara Cina ini melindungi tubuh mereka daripada serangan penyakit yang boleh membawa maut. Wow! Jadi, jom ketahui antara manfaat lain apabila mengamalkan teh hijau ini setiap hari…

1. Bahan-bahan bioaktif yang terdapat pada daun teh hijau kekal walaupun ia berubah menjadi air minuman anda. Jadi, air yang anda minum mempunyai banyak nutrien penting yang wujud dalam daun teh yang asal.

2. Teh hijau merupakan antioksidan yang amat bagus. Ia diperolehi daripada kandungan polifenol di dalamnya.

3. Nutrien yang terdapat di dalam teh hijau melindungi sel dan molekul dari kerosakan. Jadi, anda dilindungi daripada penyakit dan tanda-tanda penuaan seperti kedutan pada kulit wajah anda juga berkurang atau hilang.

4. Pastikan anda memilih teh hijau yang berkualiti kerana teh hijau yang tidak berkualiti biasanya mengandungi flourida yang berlebihan. Walaupun begitu, kebaikan yang ada dalam teh hijau berkualiti rendah masih tinggi.

5. Teh hijau mengandungi kafein yang kita tahu bertindak sebagai perangsang. Kandungannya tidaklah sebanyak yang ditemui di dalam kopi tapi cukup untuk memberikan kesan.

6. Kafein memperbaiki beberapa fungsi otak seperti memperbaiki mood, jangka masa tindak balas dan memori.

7. Selain kafein, ia juga mengandungi asid amino L-theanine yang memangkah halangan darah ke otak.

8. Theanine juga menyumbang kepada rasa tenang yang baik bagi mereka yang mengalami tekanan.

9. Kombinasi kafein dan l-theanine membantu dalam memperbaiki fungsi otak.

10. Ramai mengatakan yang meminum teh hijau memberikan tenaga yang stabil dan lebih produktif berbanding apabila mereka meminum kopi.

11. Kajian menunjukkan bahawa teh hijau membakar lemak serta meningkatkan kadar penggunaan tenaga.

12. Peningkatan kadar metabolisme selepas meminum teh hijau adalah bergantung kepada individu.

13. Perkembangan sel yang tidak terkawal adalah punca seseorang diserang penyakit kanser. Kerosakan oksidatif menyumbang kepada perkembangan kanser. Di sinilah teh hijau yang bertindak sebagai aktioksidan menjalankan fungsinya melindungi anda daripada risiko diserang kanser.

14. Antioksidan dalam teh hijau mengurangkan risiko kanser payudara sebanyak 22%, kanser prostat sebanyak 48%, dan kanser kolorektal sebanyak 57%.

15.Mencampurkan susu dalam teh hijau akan mengurangkan nilai antioksidan. Oleh itu, elakkan minum teh hijau bersama susu.

16. Alzhemeir dan Parkinson merupakan penyakit yang berpunca dari otak. Biasanya ia menyerang warga tua. Katekin di dalam teh hijau memberikan perlindungan ke atas neuron, sekaligus merendahkan risiko alzhemeir dan Parkinson.

17. Katekin boleh membunuh bakteria dan virus seperti influenza. Ini mengurangkan risiko jangkitan penyakit.

18. Katekin juga meningkatkan kesihatan gigi di samping mengurangkan masalah bau nafas.

19. Teh hijau mengurangkan risiko diabetes jenis ke 2 sebanyak 42%. Diabetes Jenis ke 2 adalah di mana kandungan gula dalam darah amat tinggi dan menolak insulin atau tidak mampu menghasilkan insulin. Teh hijau memperbaiki kepekaan insulin dan mengurangkan kadar gula dalam darah.

20. Mereka yang minum teh hijau mempunyai risiko yang rendah untuk menghidap diabetes.

********

Menurut Dr Rizal Abu Bakar pula, beliau juga turut setuju dengan manfaat the hijau ini kerana minuman ini dapat mengelakkan penyakit nyanyuk dan boleh mencegah anda dari penyakit mudah lupa. Menurut kajian dari National University of Singapore, dapati ambil teh hijau secara kerap dapat hindarkan risiko penyakit nyanyuk sebanyak 86%.

Rajin rajin bertukar. Otak barang mahal. Tidak ada spare part. Nak pakai lama pula tu.

********

Semoga Bermanfaat!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen