“Bercuti Dengan Pasangan Memang Seronok Tetapi…” Jom Ikuti Tips Travel Ini.

Di penghujung tahun ini, ramai sahaja yang mengambil cuti panjang kerana cuti umum dan cuti sekolah. Dan ramai juga merancang untuk bercuti bersama ahli keluarga atau dengan pasangan tercinta. Bercuti di dalam negara mahupun di luar negara semuanya mengikut citarasa masing-masing. Namun, keseronokan bercuti jangan pula dirosakkan dengan pelbagai masalah yang akan melanda.

Pasti spoil mood anda nanti…

Oleh itu jom ikuti tips dan nasihat dari perkongsian saudara Hafizul Hakim ini…

********

Ramai traveller terlepas pandang soal pentingnya beli 'Travel Insurance'

Berbagai alasan akan diberikan agar travel insurance kelihatan tidak penting.

Mahal, bajet tak cukup, Insya Allah kita sama-sama selamat pergi dan balik, tak sempat beli atau tak tahu mana nak beli.

Saya kongsikan beberapa risiko besar yang bukan saja boleh buat duit dalam bank korang rabak, tapi keluarga kat kampung turut terpaksa berhempas pulas dapatkan duit demi menyelamatkan korang jika perkara ni terjadi kat diri korang semasa travel.

1. Jatuh sakit di negara orang.

2. Emergency and medical evacuation services (kos servis kecemasan, kos menyelamat dan perubatan).

3. Repatriation of mortal remains (kos membawa pulang jenazah).

4. Extreme sports and hazardous activities (sukan ekstrim dan aktiviti berbahaya).

5. Bencana alam yang tak dapat dijangka, kerana cuaca yang berubah-ubah.


Tujuan posting ini ditulis bukanlah untuk menakutkan korang. Tapi lebih kepada memberi kesedaran dan perlindungan. Sebaiknya masukkan sekali travel insurance ke dalam bajet travel korang.

Sila beri perhatian kepada jumlah atau nilai perlindungan yang disediakan untuk setiap risiko. Jangan kerana nak bayar premium paling murah, korang sanggup ambil cover ciput.

Malahan tak keterlaluan jika saya katakan, perbandingan antara premium yang perlu dibayar dan perlindungan yang disediakan, sangat jauh berbeza jumlahnya.

Usah kerana nak berjimat beberapa ratus ringgit korang sanggup tanggung risiko yang bernilai puluhan ribu ringgit.

Nak mati kat mana-mana boleh mati bila ajal dah tiba. Tapi janganlah hingga kematian kita membebankan orang-orang tersayang yang masih hidup. Apatah lagi jika mereka perlu bergolok bergadai demi membawa balik sekujur tubuh kita yang telah kaku.

********

Semoga Bermanfaat!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen