“Sentiasa Berasa Cukup Walaupun Bergaji Kecil…” 7 Tanda Keberkatan Rezeki Dalam Kehidupan.

Memiliki jawatan yang tidak tinggi dan bergaji kecil sering menjadi kerisauan pada mereka yang sedang bekerja. Situasi sebegini selalu terjadi pada mereka yang telah berkahwin dan memiliki anak. Dengan kos sara hidup yang sentiasa meningkat menyebabkan kehidupan berkeluarga menjadi tidak selesa kerana kekurangan dari segi kewangan.

Namun sedemikian, bagi mereka, bukan harta dan kekayaan yang begitu penting dalam kehidupan. Tetapi bagaimana untuk mencari rezeki yang berkat dan halal itu yang menjadi keutamaan bagi mereka yang beragama islam. Setiap hujung bulan pasti berasa sesak apabila melihat duit yang yang baru sahaja dimiliki, mengalir deras seperti air.

Akan tetapi semuanya cukup sahaja untuk keluarga menandakan rezeki itu berkat. Jom lihat 7 tanda rezeki yang anda miliki itu berkat disisi Allah SWT…

1. Iman Yang Mantap Dan Hati Yang Semakin Dekat Dengan Allah SWT.

Apabila rezeki yang kita perolehi memiliki keberkatan, Iman kita makin mantap dan hati kita lebih mudah dekat dengan Allah SWT. Kita mudah untuk melakukan amalan wajib, sunat dan tidak rasa berat buat ibadah.

2. Hati Semakin Rasa Tenang.

Dengan Rezeki yang berkat, akan raih pandangan Allah SWT dengan diberinya ketenangan hati dan jiwa kita. Hanya Allah SWT yang berhak beri ketenangan hati kepada kita.

3. Menjadi Insan Yang Pemurah.

Amalan memberi sedekah dan zakat juga mudah untuk kita lakukan tanpa ada rasa sayang kepada harta yang kita ada. Kerana kita sedar rezeki yang kita miliki datangnya daripada Allah SWT.

4. Akan Dijauhkan Daripada Bala Allah SWT.

Rezeki yang berkat akan mampu menjauhkan bala bencana, kerana Allah SWT sentiasa melindungi orang yang gemar mencari keberkatan dalam rezeki yang dimilikinya.

5. Dapat Membentuk Keluarga Yang Harmoni.

Seterusnya adalah keharmonian dalam keluarga. Cuba kita perhatikan sesetengah keluarga yang mungkin hidup serba kekurangan dari segi wang ringgit, namun mereka tetap aman damai dan hidup bahagia.

6. Menjadikan Anak-Anak Yang cemerlang Di Dunia Dan Akhirat.

Duit yang banyak tidak menjamin kecemerlangan anak-anak di masa hadapan. Namun, rezeki yang berkat yang kita cari mampu menghasilkan anak-anak yang taat kepada Allah SWT dan Rasulullah SAW dan menjadi anak yang cemerlang dalam meniti hidup di dunia dan akhirat.

7. Sentiasa Merasa Cukup Dan Bersyukur Dengan Segala Bentuk Pemberian Allah SWT.

Setiap yang kita perolehi datangnya daripada Allah SWT. Dalam mencari rezeki yang berkat kita perlu sentiasa bersyukur dan merasa cukup dengan segala bentuk pemberian Allah SWT tersebut.

Semoga Bermanfaat!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen