Antara Cara Untuk Menghargai Ibu Bapa Kita.

Ibu bapa adalah insan yang penting dalam ahli keluarga kita. Tanpa kedua ibu bapa, kita tidak akan terlindung, terbimbing malah terdidik. Sebagai manusia yang berkembang mengikut peningkatan usia, ibu bapa adalah insan yang memberi kita pergantungan tidak kira waktu dan masa.

Oleh sebab itu, pentingnya untuk kita sentiasa menghargai ibu bapa, walaupun selepas berkahwin. Bukannya selepas sahaja mengikat tali pernikahan, ibu bapa terus dilupakan, diendahkan, malah langsung tidak berjumpa. Jadilah anak yang sentiasa berbakti pada kedua ibu bapa.

Selain menghargai pasangan, ibu bapa juga kita perlu hargai sehingga mereka ke tua. Jom lihat caranya…

1. Menghubungi mereka tanpa kira masa.

Sebagai anak yang bekerjaya, sudah tentu dikalangan kita mempunyai kekangan masa untuk menghubungi kedua ibu bapa di kampung halaman. Oleh itu hubungilah mereka usai sahaja bekerja di pejabat, mungkin anda boleh hubungi mereka ketika waktu pertengahan maghrib dan isyak. Luangkan masa untuk menelefon mereka selama 10 minit sudah memadai.

Whatsapp setiap masa pun tiada masalah. Sekurang-kurangnya mereka tahu kondisi anda ketika dan saat itu.

Jika setiap hari boleh berkomunikasi dengan pasangan, dan sanggup OTP berjam-jam lamanya, inikan pula ibu bapa sendiri.

2. Sentiasa meminta nasihat dan pandangan daripada mereka.

Majoriti di kalangan kita terutamanya yang belum berkahwin, atau anak muda akan meminta nasihat dari sahabat baik, kan? Kerana sahabat baik adalah insan yang paling anda selesa untuk meluahkan perasaan. Namun, jangan abaikan ibu bapa anda ketika anda dilanda masalah. Mintalah nasihat dan pandangan dari kedua ibu bapa, kerana mereka lebih berpengalaman dan makan asam garam dahulu dari anda.

Khususnya seorang ibu, akan sentiasa merasakan anaknya sedang dilanda masalah. Apabila ditanya khabar, pasti anda hanya jawab “Saya okay…”. Ibu anda sedang menunggu luahan anda sebenarnya. Jika anda melakukan perkara sebegini, secara tidak langsung ibu akan rasa dihargai, kerana anda masih mementingkan mereka dalam apa jua situasi.

3. Ingat tarikh istimewa mereka.

Bukan sahaja anda perlu ingat tarikh istimewa pada pasangan anda, tarikh istimewa ibu bapa anda juga jangan lupa, ya! Seperti tarikh hari jadi dan tarikh ulang tahun perkahwinan mereka. dengan cara begini juga menunjukkan anda sangat menghargai kedua ibu bapa anda. Pasti mereka akn tersentuh dan berasa terharu. Bertuah memiliki anak seperti anda.

Jangan lupa memberi mereka hadiah yang teristimewa, dan yang paling penting doakan kesejahteraan hidup mereka dunia akhirat.

4. Memberikan ibu bapa sentuhan.

Ibu bapa juga memerlukan sentuhan dari anda. Jangan lupa peluk dan cium pipi mereka, apabila bertemu. Malah jangan lupa dan malu untuk bersalaman dengan kedua ibu bapa, dimana sahaja anda berjumpa. Atau jika keluar berdua dengan ibu, pegang dan pimpinlah tangan mereka.

Selamat Beramal!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen