Antara Sebab Anda Perlu Suruh Pasangan Anda Tidur Pada Waktu Malam Tanpa Cahaya Lampu.

Setiap insan yang letih bekerja seharian perlu mendapatkan tidur yang secukupnya. Jika tidak dapat tidur yang secukupnya, ketika inilah emosi anda akan terganggu dan menjadi tertekan, yang mengakibatkan anda mudah melempiaskan marah pada pasangan, malah pada anak-anak juga.

Jika anda masih lagi single, tidur lewat malam sudah menjadi kebiasaan, malah menjadi terlebih normal apabila anda tidur dengan lampu yang bercahaya terang ataupun malap. Secara amnya, situasi sebegini memang tidak elok untuk sesiapa sahaja ketika tidur pada waktu malam kerana kesihatan akan terjejas.

APAKAH SEBAB UTAMA ANDA PERLU TIDUR TANPA MENYALAKAN LAMPU?

1. Tidak sihat untuk kulit.

Menurut pakar kecantikan, cahaya lampu sedikit-sebanyak mampu menyalurkan kesan negatif buat kesihatan kulit di mana, ia kemudian menyebabkan kemunculan pigmentasi pada kawasan sekitar permukaan kulit. Itulah yang menyebabkan terhasilkan jeragat serta ketidak-rataan tona kulit.

2. Fungsi tubuh badan untuk berehat pada waktu malam.

Bertepatan dengan tujuan Allah swt mencipta manusia, fungsi tubuh badan kita semuanya sudah dirangka rapi. Oleh itu adalah bersebab kenapa waktu malam itu gelap dan kenapa manusia dikehendaki tidur pada waktu malam yang hening.

Menurut sumber yang menceritakan tentang sirah Rasulullah SAW, dari Jabir Bin Abdullah bahawasanya Rasulullah bersabda:

“Matikanlah lampu-lampu diwaktu malam jika kamu hendak tidur, dan tutuplah pintu-pintu, bekas serta makanan dan minuman kalian. (HR. Bukhari dan Muslim)

3. Ada had untuk tubuh badan bekerja dan terdedah dengan cahaya.

Umumnya menurut penerangan sains, semakin malam dan semakin gelap keadaan di keliling, tubuh kita akan mudah merasa longlai dan mengantuk. Ini kerana, semakin hening, hormon yang dipanggil Melatonin akan terhasil dari kelenjar pineal.

Untuk pengetahuan semua, hormon Melatonin akan bantu memberi reaksi positif buat tubuh bagi mempersiapkan tubuh untuk beristirehat. Selain itu, ia juga mempengaruhi tubuh untuk terhindar dari segala penyakit berbahaya -memperkuat daya kekebalan tubuh (sistem imunisasi) seseorang.

TERBUKTI TIDUR DALAM GELAP LANCARKAN PENGHASILAN MELATONIN

Joan Roberts, seorang pengamal biologi telah menjalankan satu kajian terhadap haiwan. Haiwan uji kaji tersebut dibiarkan tidur dalam keadaan lampu menyala pada waktu malam dan kadar hormon melantoninnya dicatat.

Ternyata, hasil kajian mendapati, daya kekebalan haiwan tersebut jatuh berbanding apabila ia tidur dalam keadaan gelap pada waktu malam. Ini seraya membuktikan, cahaya yang dinyalakan ketika sedang tidur dapat membunuh dan menghentikan penghasilan hormon melantonin kerana ia hanyay mampu terhasil apabila tubuh berada dalam keadaan gelap.

Jadi sebelum anda membuat keputusan untuk tidur dalam keadaan lampu menyala atau terpasang, ingatlah bahawasanya:

  • Hormon melatonin boleh bekerja dengan baik dalam keadaan gelap untuk mengawal kesihatan dan mencegah penyakit kronik seperti kanser.
  • Keadaan gelap memberi lebih peluang kepada kita untuk tidur nyenyak dan tenang.
  • Sel-sel tubuh kita yang rosak lebih cepat dibaiki oleh tubuh dalam keadaan gelap.

Jangan Lupa Tutup Lampu Malam Ni! Selamat Beramal.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen