10 Perkara Yang Boleh Dilakukan Oleh Kaum Wanita Sebelum Bergelar Pengantin.

Ketika bujang banyak sahaja perkara yang mahu dilakukan keseorangan malah bersama ahli kerluarga dan sahabat. Akan tetapi, apabila sudah bergelar tunangan orang ini pasti merasakan masa dan waktu seakan-akan tidak cukup. Masa mencemburui anda. Masa seolah-olah berlalu dengan pantas ketika meluangkan masa dengan orang yang anda cintai.

Jadi, sebelum bergelar pengantin malahan seorang isteri, luangkan masa anda dengan…

1. Bermanja habis-habisan dengan kedua ibu bapa.

Setiap wanita yang bekerjaya pasti akan menyewa rumah di bandar kerana berdekatan dengan tempat kerja, kan? Jadi, kekangan masa untuk diluangkan bersama keluarga menjadi tidak flexible. Sebelum bergelar pengantin ini, bermanjalah dengan ibu bapa sepuas-puasnya.

Sebagai contoh balik ke rumah ibu bapa setiap minggu jika tidak keberatan. Jika pulang ke rumah, masak bersama ibu, menonton televisyen bersama mereka dan sebagainya. Malah sentiasa menghubungi mereka menggunakan pelbagai aplikasi di telefon bimbit setiap hari. Jangan sia-siakan masa anda.

2. Pergi bercuti dengan ahli keluarga.

Rancanglah untuk membuat family gathering. Sama ada bersama ahli keluarga anda sendiri, saudara terdekat ataupun untuk mengenali saudara jauh. Ketika ini jugalah anda berkesempatan untuk memberi tahu tentang status anda, dan mungkin boleh memberi kad jemputan kahwin kepada saudara mara anda.

3. Travel dengan sahabat baik anda.

Jangan lepaskan peluang anda untuk meluangkan masa dengan sahabat baik yang sedikit sebanyak telah membantu anda ketika susah dan senang. Hargai mereka dengan merancang percutian yang terbaik untuk mereka dan anda sendiri. Ketika ini lah anda dan sahabat mahu mencipta kenangan yang terindah sebelum berkahwin kelak.

4. Cari pendapatan sampingan.

Mempunyai kewangan yang stabil bukan sahaja untuk masa sekarang, tetapi ia penting juga pada masa hadapan. Anda juga tidak tahu sekiranya ketika majlis perkahwinan, secara tiba-tiba memerlukan sedikit wang tambahan untuk kejadian yang tidak dapat dijangkakan. Jadi, lakukan kerja business online atau part-time untuk menjana pendapatan sampingan.

5. Belajar skill menjahit.

Menambah kemahiran dalam diri bukan sahaja untuk suami kelak, malah untuk diri anda sendiri juga. Jadi, tambah skill atau kemahiran yang anda gemar lakukan, seperti memasak, menjahit, bercucuk tanam dan seumpama dengannya. Kemahiran sebegini, pasti akan dapat menjana pendapatan sampingan juga. Siapa yang tahu, kan?

6. Beli rumah sendiri.

Ketika ini jugalaj anda sudah boleh melihat rumah-rumah idaman anda. Tanamkan semangat untuk membeli rumah sendiri, supaya setelah berkahwin nanti, anda dengan bakal suami memiliki rumah sendiri. Tidak perlu menyusahkan keluarga mertua lagi.

7. Dapatkan bentuk badan ideal.

Anda juga boleh disiplinkan diri untuk menjaga pemakanan dan tubuh badan. Perkara ini amat digalakkan untuk anda lakukan kerana untuk menjadi raja sehari yang cantik pada hari persandingan kelak.

8. Jaga ketrampilan diri.

Selain menjaga tubuh badan, anda juga bolehlah mulakan untuk menjaga penampilan sendiri dari hujung rambut hinggalah ke hujung kaki. Mulakan dari awal supaya anda tahu sebarang kemungkinan produk yang tidak bersesuaian dengan kulit anda, sebagai contoh. Tidaklah nanti last minute, kulit wajah mengelupas, tumit kaki merekah pula, tangan yang allergik tidak dapat disembuhkan dan bermacam hal lagi.

9. Mulakan simpanan peribadi.

Selain daripada itu, anda juga boleh mulakan untuk simpanan peribadi apabila telah melakukan kerja sampingan.  Sediakan payung sebelum hujan.

10. Check kesihatan diri.

Dan yang paling penting adalah, sebagai kaum wanita anda harus prihatin dengan kesihatan tubuh badan anda. Organ tubuh badan wanita agak sensitif terutamanya organ reproduksi (peranakan). Jika anda tidak jaga pemakanan, tidak menjadi tubuh badan, malah tidak alert dengan persekitaran, khuatir bermacam-macam penyakit yang anda akan hadapi pada masa hadapan.

Selamat Beramal!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen