Kenapa Perlu Adanya Perancangan Kewangan/Ekonomi Dalam Keluarga? Jom Baca!

Keluarga adalah pembentukan masyarakat kecil yang tinggal sebumbung dalam satu tempat yang bergantung antara satu sama lain. Setiap ahli keluarga tersebut mempunyai peranan masing-masing supaya perancangan dalam keluarga dapat dilaksanakan dengan betul.

Si bapa berperanan sebagai pemimpin, pencari nafkah, pendidik dan pelindung supaya rumah berasa aman. Si ibu pula memainkan peranan sebagai menguruskan rumah tangga, pengasuh, pendidik dan juga pelindung pada anak-anak. Anak-anak pula berperanan sesuai dengan usia masing-masing mengikut perkembangan fizikal, mental dan sosial.

Apabila semua ahli dalam keluarga tahu peranan masing-masing, perancangan ekonomi juga tidak mudah goyah. Pentingnya perancangan ini kerana…

1. Untuk mencari dan memperoleh sumber pendapatan yang sesuai dengan keadaan keluarga.

Setiap keluarga pasti akan bertambah dan berkembang mengikut masa. Pentingnya perancangan ekonomi atau kewangan dalam keluarga adalah untuk memastikan pendapatan suami dan isteri bersesuaian dengan keadaan juga. Oleh kerana itu pentingnya dalam merancang keluarga terutamanya merancang kehamilan.

Agak sukar juga jika tidak merancang. Berpendapatan kecil, tetapi memiliki anak yang ramai dan akhirnya merasa sangat terbeban. Memang benar anak-anak adalah punca rezeki, akan tetapi sebagai insan yang memiliki akal, perlu tahu berfikir mengikut keadaan dan situasi.

2. Untuk mengatur kewangan pada setiap perkara dengan sebaiknya.

Dalam rumah tangga, selalunya si isteri mengaturkan kewangan dalam keluarga. Ini kerana kaum wanita berupaya menjadi seorang individu yang boleh melakukan banyak perkara dalam satu masa. Kaum wanita juga boleh menjadi terlalu peka pada semua perkara, selain dari emosinya sendiri. Oleh kerana itu, mereka yang sebaiknya untuk mengatur kewangan pada setiap perkara.

Sebagai contoh, sebahagian jumlah untuk kecemasan, sebahagian lagi untuk belanja harian, belanja dapur, simpanan anak-anak, dan seumpama dengannya.

3. Untuk simpanan masa hadapan.

Seperti dalam perniagaan, duit keuntungan bukan untuk untung semata-mata. Pasti perlu ada modal balik, dan duit tambahan. Begitu juga dalam ekonomi keluarga, sebaik sahaja dapat gaji bukan terus belanja kan semua duit tersebut. Ia penting untuk simpanan masa hadapan seperti kecemasan yang tidak dijangkakan.

Kecemasan yang tidak dijangkakan adalah seperti kereta accident, kompilasi ketika mengandung, penyakit yang datang secara tiba-tiba, atau paling menyedihkan berlaku kecurian, terbakar dan seumpama dengannya. Bukan untuk berfikiran buruk, tetapi sediakan payung sebelum hujan.

Oleh sebab itu pentingnya pendidikan ekonomi dalam menguruskan kewangan sendiri mahupun dalam berumah tangga. Bukan untuk masa sekarang, tetapi penting untuk masa hadapan juga.

Jadilah KELUARGA yang bijak!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen