“Jangan Salahkan Gadget, Tapi Didiklah Anak Untuk Gunakan Telefon Bimbit Dengan Betul…” Jom Ikuti Tips Ini.

Zaman sekarang, setiap individu pasti tidak boleh berpisah dengan telefon bimbit. Sukar untuk berenggang kerana telefon bimbit memudahkan urusan setiap individu 24 jam 7 hari. Namun, dengan dunia millennial dan generasi alpha yang semakin berkembang, anak-anak kecil juga seperti memerlukan gadget-gadget ini.

Setiap pasangan suami isteri pasti merasakan sukar untuk menjaga anak-anak kecil dengan kehadiran teknologi yang semakin canggih dan hebat. Oleh itu, setiap penggunaan gadget itu, perlukan kawalan seperti perkongsian dari Mohd Fhais ini…

********

Ini antara cara saya memanfaatkan gadget ;

1. Kawalan Masa.

Sebelum nak beri anak gadget mak ayah kena ada kesedaran tentang gadget, wajib ada kawalan masa anak dengan gadget atau had screen time ( tv, komputer, tablet ). Orang tua pun kalau duk ngadap HP 24 jam boleh jadi buta sosialnya ini kan pula kanak-kanak.

 

2. Tonton Bersama.

Anak tengok kartun atau apa-apa cerita kita join tonton sama-sama, tinggal sebentar lipat baju atau boleh je lipat sebelah anak. Sambil buat kerja boleh ada kualiti time dengan anak. Jimat duit, jimat masa dan jimat tenaga.

Masa ni juga kita boleh selami dunia anak anak ni, tak semua cerita kartun tu "Bad Influence", kartun sekarang tak sama macam dulu sekarang banyak meseg positif sebagai contoh kartun omar hana.

Sampai sekarang rania terkesan dengan meseg omar hana ni,

" Sayang mama papa baru Allah sayang kita "

3. Buat Aktiviti Bersama.

Hah ini kegemaran rania, pantang dengar lagu yang dia familiar dan suka di youtube kids mesti dia paksa kami menari bersama. Paling tidak pun kena tengok dia menari, lepas tu wajib tepuk tangan.

"Self Confidence" di bentuk dengan latihan dan sokongan moral dari mak ayah. Bila dah selalu praktis di rumah insyaallah anak tak kaku atau menangis bila naik atas pentas nanti.

Sebenarnya banyak lagi aktiviti yang mak ayah boleh buat dengan anak sambil melayari gadget ni. Boleh berlakon jadi bangau, jadi kancil, jadi gajah, jadi princess dan banyak lagi la aktiviti yang berfaedah bersama anak-anak.

4. Didik Cara Guna Yang Betul.

Yang ini penting ! Tahu slide hp sahaja tak cukup, kena didik cara guna gadget yang betul. Bagitahu youtube tak boleh, whatsapp tak boleh, facebook tak boleh dan tak boleh klik butang merah bila ada call masuk. Ini bahaya, buatnya ada panggilan kecemasan dari kampung dan anak batalkan pula.

Ajar juga jangan buka meseg yang baru masuk whatsapp ataupun telegram. Sebab ramai anak yang cuba-cuba tekan sampai terhantar meseg dan komen bukan2 hantar gambar, video, voice note dalam group group. Ini bukan salah anak tuan puan, jangan bagi alasan " Sorry anak tertekan "

5. Manfaatkan App.

Nak kawal anak 24 jam sehari memang mustahil sebab kita pun ada urusan dan "Adult Thing" yang kita kena beri perhatian. Jadi gunakanlah apps yang boleh membantu seperti Screen Time Kids, Parental Control dan ZenScreen. Ada free version dan paid version, yang free pun dah cukup kalau setakat nak kawal screen time anak-anak.

Ada juga app bentuk education contoh kids spelling learning, dalam tu anak akan belajar cara mengeja dan membaca dan mak ayah boleh pantau serta lihat markah anak. Buat masa ni ada bahasa english sahaja, mungkin akan datang ada developer melayu buat versi bahasa melayu. Siapa tahukan.

Nota : Sangat di rekemen asingkan gadget mak ayah dan anak supaya anak lebih hormat barang mak ayah dan tidak sesuka hati "Papa nak henfon" di mana-mana sahaja.

6. Jangan Jadikan Gadget Alasan.

Ingat, tujuan gadget bukan untuk melekakan atau mendiamkan anak semata-mata tapi ia adalah satu kelebihan (Extra Privilege) yang kita ada untuk membantu tugas Mak Ayah membesarkan anak dengan lebih baik dan cekap. Percayalah kalau gadget ini ada masa mak ayah kita dulu memang diorang tak akan bagi kita tengok kartun di tv.

Hanya kerana gadget ada "cahaya" yang boleh merosakkan mata tak bermaksud kita perlu hukum kepintaran, kelajuan dan keberkesanan teknologi itu.

Pengidap kencing manis pun tak akan berhenti minum manis hanya kerana gula tu berbahaya.

Pucuk pangkalnya mak ayah ada tanggungjawab yang berat dan besar, tak adil nak samakan tanggungjawab sekarang dengan zaman dulu. Dulu lain sekarang lain. Sekarang main dam haji pun dalam phone.

Kita kena buka mata, buka hati, pandang lebih jauh, pandang lebih telus kerana sangat jauh lagi masa depan anak-anak kita ini, tak adil kita jadikan masa kini sebagai penanda aras masa depan mereka.

Boikot Keburukan Teknologi.

********

Semoga Bermanfaat!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen