Kenapa Suami Isteri Bersentuhan, Batal Wudhuk Walaupun Boleh Melihat Sesama Aurat? Jom Baca!

Menurut Islam, lelaki dah perempuan yang bukan mahram, tidak boleh melihat sesama aurat mereka, apatah lagi bersentuhan. Akan tetapi, setelah diikatkan tali pernikahan, pasangan suami isteri tiada lagi batasan untuk melihat aurat sesama mereka, namun batal wudhuknya jika bersentuhan.

Jika mengikut penjelasan dari Ustaz Azhar Idrus, perkara yang membatalkan wudhuk adalah sekiranya adanya perasaan syahwat jika bersentuhan. Maka suami isteri yang bersentuhan pasti akan berasa lain, kerana perasaan mereka adalah perasaan sebagai suami dan isteri. Dan perasaan itu berlainan jika bersentuhan dengan ibu bapa, adik beradik atau dengan jantina yang sama.

Perkara dan situasi ini berdasarkan dari mazhab syafi’ie dimana ia adalah mazhab yang diamalkan oleh majoriti masyarakat Malaysia yang beragama islam.

Selain daripada itu ada juga penjelasan dari Ustaz Zainys, dimana menurut beberapa mazhab iaitu mazhab hanbali, maliki dan hanafi. Namun sedemikian, menurut pendapatnya tentang mazhab syafi’ie, ia tetap batal secara mutlak tanpa syarat jika suami isteri bersentuhan ketika berwudhuk.

********

Berikut adalah jawapan yang ditulis oleh Ustaz Zainys berkenaan dengan persoalan di aras :-

Pandangn Mazhab Maliki : Menyentuh kulit perempuan ajanabi membatalkan wudhuk jika dengan tujuan `talazzuz' (berlazat-lazat), atau mendapat kelazatan ketika bersentuhan.

Pandangn Mazhab Hanafi : Menyentuh kulit perempuan ajnabi tidak membatalkan secara mutlak, samada dengan tujuan talazzuz atau merasainya ketika bersentuhan.

Mengapa mereka berselisih pendapat?

Ulamak Syafi'i berdalilkan, firman Allah Taala :

"….Atau jika kamu (lelaki) menyentuh (laamastum) perempuan." (Al-Maidah: 6)

Mereka menafsirkan laamastum (mulamasah) pada ayat di atas- dengan maksud bersentuhan (al-lams)

Pandangan Mazhab Hanafi pula menafsirkannya dengan jimak, bukan bersentuhan. Penafsiran mereka ini disokong oleh beberapa hadis riwayat Aisyah, katanya:

Bahawa Rasulullah SAW mencium/kucupnya, sedangkan baginda berpuasa, dan sabdanya:

“Sesungguhnya ciuman tidak membatalkan wudhuk dan tidak membatalkan puasa” [Riwayat Ishak bin Rahawiyah dan al-Bazzar]

Ada hadis lain riwayat al-Nasa'i dan Ahmada, juga dari Aisyah, katanya :

Nabi mencium sebahagian dari isterinya kemudian dia keluar mengerjakan sembahyang, dan tidak berwuduk.

Manakala Maliki menghimpunkan hujah-hujah yang dikemukakan oleh ulamak syafi'i dan hanafi.

(lihat: Dr Muhamad Bakar Ismail di dalam al-Feqh al-Wadhih minal Kitab was Sunnah, vol 1, hal 62)

Wallahu a'lam.

********

Oleh itu secara peribadi, apabila ingin mengikuti mazhab lain tentang perkara ini pasti akan menimbulkan fitnah jika dilakukan ketika diluar rumah. Balik semula kepada kepercayaan kita sendiri iaitu dengan mengikuti Mazhab Syafi’ie.



 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen