Zaman Dah Berubah, Suami Isteri Perlu Bahagi Tugasan Sama Rata Untuk Uruskan Rumah Tangga.

Sebagai generasi Y, zaman dahulu seperti 90-an telah mencerminkan masyarakat melayu dimana wanita yang bergelar isteri dan ibu ini memakai baju tradisional (sebagai contoh baju kedah dan kain batik) sambil membuat kerja rumah. Urusan rumah tangga ini dilihat dilakukan oleh kaum wanita, manakala kaum lelaki mencari rezeki diluar rumah.

Pada zaman tersebut, teknologi belum lagi berkembang pesat untuk melakukan business online. Jadi, secara mata kasarnya punca rezeki ini datang dari si suami yang berpenat lelah menggunakan kudrat tenaganya.

Namun, zaman telah berubah dimana kaum wanita sekarang juga bekerja di luar rumah untuk mencari rezeki. Maka, urusan melakukan kerja rumah ini seolah-olah diabaikan walaupun ada sahaja kaum wanita melakukan business online.

Daripada dahulu sehingga sekarang, dugaan perkahwinan itu memang mencabar.  Perubahan zaman ini menunjukkan cabaran tersebut semakin berliku. Seperti perkongsian dari saudara ini…

********

Hidup berumahtangga ni sebenarnya sangat mencabar jika hanya ada sebelah pihak sahaja yang mengurusnya dan cuba memperbaiki jika ada salah dan silapnya.

Sangat sukar kalau begitu.

Hidup berumahtangga ni semuanya perlukan kebersamaan.

Together-gather gitu.

Tidak boleh hanya isteri yang mengurus rumahtangga dan penat sendirian. Tidak boleh juga hanya suami sahaja yang bekerja dan juga penat sendirian dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu.

Samalah kalau isteri yang bekerja maka suami perlulah urus rumahtangga dan bantu cari pendapatan sama. Jangan asyik lepak mamak dan borak kosong sahaja.

Itu pemalas sangat tu.

Bantulah dengan buat online bisnes ke, buat kuih ke, bawak grab ke atau apa-apa sahajalah yang boleh dapat duit. Perlu saling bekerjasama, perlu saling membantu.

Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Hati gajah sama dilapah, hati nyamuk sama dicecah.

Bukan orang dulu saja suka-suka buat pepatah begitu.

Kebahagiaan berumahtangga juga bukanlah dikecapi oleh seorang sahaja tetapi semua. Dari suami, isteri hinggalah ke anak-anak, semuanya kena bahagia kena gembira. Kalau ada seorang individu tidak bahagia maka semestinya ada yang tidak kena.

Sama-samalah cari punca dan perbaikinya.

Isteri, mohon berhenti jadi super dalam segalanya.

Ada masa anda perlu minta pertolongan dari suami. Ada kala anda perlu tinggalkan segala dan berehat. Biarlah rumah berselerak sekejap asalkan anda tidak penat dan letih melampau.

Suami pula, belajarlah buang ego.

Rajinkan diri dan ringankan tulang membantu.

Tak rosaklah jari gebu anda tu dek air sabun ketika mencuci pinggan di sinki. Tak hilanglah boroi tu dek peluh ketika mengemop lantai tau.

Berhentilah jadi suami tipikal. Berhenti jadi seperti raja dalam rumah, buat kira-kira, suri dalam dapur makan roti gula.

********


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen