Pasangan Suami Isteri Perlu Ikuti Tips Untuk Rumah Jadi Lebih Sejuk Dan Tenang.

Rumah bukan sahaja tempat untuk semua insan berteduh, malah ia untuk kita berasa tenang, nyaman, tidak serabut dan seumpama dengannya. Walaupun ketika bujang, pasti kita merasakan bilik adalah tempat yang paling sesuai untuk kita beristirehat kerana tiada gangguan.

Apabila sudah berumah tangga, rumah adalah antara aset penting untuk ahli keluarga dapat meluangkan masa bersama. Oleh sebab itu pentingnya sebuah rumah yang sejuk dan tenang untuk suami isteri terapkan, supaya suasana positif tersebut dapat membantu tumbesaran anak-anak kelak.

Seperti perkongsian dari saudara Taufiq Razif ini, beliau memberi pelbagai tips untuk rumah menjadi lebih tenang dan tidak serabut…

********

1. Jangan masuk rumah dengan membawa keserabutan daripada pejabat dan tempat kerja.

Tenangkan diri dan buat Deep Breathing dulu sebelum melangkah masuk ke dalam rumah. Jangan bawa masuk stress kerja ke dalam rumah hingga anak anak dan pasangan pun kena tempiasnya

2. Sebelum masuk rumah baca doa dulu. Jangan main masuk je.

Kita nak set minda kita bahawa kita sedang memasuki ' zon keberkatan dan kebahagiaan '. Latih juga mindset ni pada anak kita bahawa rumah ni adalah tempat yang penuh dengan kebahagiaan. Baru la anak kita tak merapu mencari kebahagiaan di luar rumah!

3. Sesekali tu ajar anak kita organizational skills juga :

  • Bila dah habis main, kat mana nak simpan.
  • Bila dah buka baju, kat mana nak letak.
  • Bila dah mandi, nak simpaj tuala kat mana.
  • Bila dah makan, nak cuci dan simpan pinggan kat mana.

Bukan rumah je kurang bersepah, kemahiran anak pun kita boleh asah!

4. Hadkan bilangan mainan di rumah. Mainan tu bagus untuk anak kita tapi sebenarnya 'less is better'.

Mainan yang lebih sedikit membuatkan anak kita lebih fokus. Bila mainan terlampau banyak ni, bukan kita je pening. Anak pun naik pening nak memilih!

5. Kita kena mahir membaca raut wajah, tone suara dan bahasa tubuh pasangan kita.

Kita kena faham, masa pasangan kita tu nak bagitahu kita sesuatu :

  • 7% je yang sampai melalui PERKATAAN ( verbal communication )
  • 38% maksud perkataan tu terkandung dalam NADA SUARA
  • 55% maksud perkataan tu terkandung dalam gerakan tubuh dan mimik muka

Bila isteri kata "Takpe. Saya ok je. Abang rehat la ". Aduiii..Jangan la terus percaya! Tu baru 7% daripada hal yang sebenar je tu!

Tengok dulu raut wajah dia, ada tak tanda tanda redup akibat KEPENATAN? Dengar dulu nada suara dia, ada tak suaranya mendatar akibat cuba menyorokkkan STRESS yang melampau?

Bila kita dah mula pandai baca bahasa tubuh pasangan, insyaAllah ni la baru dikatakan RUMAHKU, SYURGAKU!

Image may contain: 2 people, people smiling

********

Semoga Bermanfaat!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen