Jom Ajak Teman Lelaki Atau Suami Anda Untuk Kekal Kacak Dan Sihat Bersama.

Jika anda sebagai seorang wanita memang suka pada kecantikan dan sentiasa melaram untuk kepuasan diri, ajaklah pasangan untuk cantik dan sihat bersama-sama.  Nanti pasti kelihatan anda dengan si dia adalah pasangan yang sama cantik sama padan. Jangan la cantik seorang sahaja, ayuh ajak teman lelaki atau suami anda untuk mula menjaga penjagaan diri dengan lebih terperinci…

1. Berikan pasangan set penjagaan wajah.

Kebiasaannya lelaki hanya membasuh muka dengan menggunakan sabun mandi sahaja. Jika si dia mempunyai gel mandian, berkemungkinan besar hanya itu sahaja untuk seluruh tubuh badannya sahaja. Beritahu pasangan anda bahawa, kandungan gel mandian dengan pencuci muka tidak sama, khuatir muka akan mudah rosak dan kering. Jadi, berikan mereka set penjagaan muka yang sesuai dengan kulit wajahnya.

Jangan lupa buat tutorial mencuci muka!

Fauzi

2. Fokus pada gigi.

Sudahlah kurang minum air putih, gigi pun tidak terjaga, pasti mulut pasangan anda berbau, kan? Adakah anda selesa untuk bercakap dan bertentangan mata dengan dia, masakan mulut berbau? Nasihatkan pasangan supaya pergi dentist 2 kali setahun untuk membuat scaling. Jika ada gigi berlubang jangan dibiarkan pula, cepat-cepat jumpa dentist.

Image result for penjagaan gigi lelaki

3. Bersenam dan diet.

Anda sentiasa menjada makan dan diet, manakala pasangan anda hanya melihat dan mengangguk-angguk sahaja dengan aktiviti yang anda sering lakukan. Jangan lakukan senaman dan diet keseorangan, ajaklah pasangan anda juga untuk melakukan aktiviti tersebut bersama-sama. Barulah relationship goal.

Beriadah di taman, pergi gym bersama-sama, malah belikan juga cereal untuk sarapan pagi berikan pada dia, pasti pasangan berasa terharu memiliki teman seperti anda.

4. Gaya rambut.

Rambut juga adalah mahkota penting untuk setiap lelaki. Rambut adalah bahagian yang membuatkan pasangan anda mudah berubah wajah jika kena dengan gayanya. Berambut pendek dan diletakkan gel, pasti kacak, kan? Jadi, jangan lupa cari padanan gel rambut dengan gaya yang si dia mahukan.

5. Kedutan sekitar mata.

Setiap individu pasti memiliki kedutan di sekitar mata atas beberapa faktor, sama ada tidak cukup tidur kerana terlalu banyak kerja ingin dilaksanakan, mahupun tiada penjagaan mata langsung. Lelaki memang mengambil mudah tentang penjagaan mata ini, sehingga nampak tua pada wajahnya. Jadi, nasihatkan pasangan anda untuk meletak gel, sirum atau krim pada bawah mata setiap pagi dan malam.

Image result for guys with dark circles

6. Kuku.

Dan yang paling penting adalah penjagaan kuku. Seperti dating pada kali pertama, kaum wanita pasti melihat kuku lelaki tersebut untuk mengetahui tahap kebersihan lelaki tersebut. Apabila sudah berpasangan, pasti anda sebagai lelaki sentiasa menjaga kuku supaya kelihatan bersih dan yang penting hygiene!

Image result for guys nails

Selamat Mencuba!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen