Apakah Hukum Dan Kesannya Jika Suami Isteri Tidak Bertegur Sapa? Jom Baca.

Dalam perkahwinan, pasti akan ada berlakunya pergaduhan, perselisihan faham, pertengkaran dan seumpama dengannya. Ia bukanlah dianggap perkara yang tidak normal, cuma perbezaan pendapat sedikit sebenarnya menunjukkan suami isteri tersebut saling berkomunikasi dan ambil berat antara satu sama lain.

Namun, jika pergaduhan tersebut menyebabkan pasangan suami isteri tidak bertegur sapa sehingga berhari-hari malah ada juga sebahagian daripada pasangan tersebut pergi ke rumah orang tua masing-masing sehingga tidak bersua muka. Pasti keadaan tersebut akan memudaratkan hubungan.

Kebiasannya mengikut sunnah Rasulullah SAW, salah jika tidak bertegur sapa dengan saudara sendiri, apatah lagi jika dengan ahli keluarga sendiri terutamanya suami isteri.

Menurut Rasulullah SAW, berdosa sekiranya seorang muslim tidak saling menyapa tiga hari seperti diriwayatkan Bukhari (6237) dan Muslim (2560).

Seperti Allah SWT telah berfirman;

“Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat” (Al-Hujurat: 10)

Bahkan Allah juga ingatkan, diantara nikmat besar yang Allah berikan kepada para sahabat adalah Allah jadikan mereka saling mengasihi, saling mencintai, padahal sebelumnya mereka saling bermusuhan, seperti firman Allah SWT dalam surah Al-Imran ayat 103;

“Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara…”

Jika dalam hubungan perkahwinan, suami isteri masih lagi tidak bertegur sapa atau berkomunikasi pasti syaitan akan datang menghasut dan menggoda. Jika ketika dan pada saat itu, iman lemah dan hanya melakukan sesuatu perkara mengikut hawa nafsu, pasti akan melakukan kemungkaran.

Seperti perjelasan hadith dibawah;

Rasulullah SAW bersabda;

“Syaitan (Iblis) telah berputus asa untuk menyembah orang yang rajin menunaikan solat. Namun, syaitan akan selalu berusaha untuk memicu permusuhan dan kebencian.” (HR. Muslim 2812 dan Ibn Hibban 5941).

Oleh itu jangan sesekali memendam perasaan pada suami atau isteri sehingga mendatangkan perasaan benci dalam diri. Jangan bermusuh dengan pasangan sehingga menzalimi mereka seperti mengasari (memukul, menampar dan sebagainya).

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen