Si Dia Datang Sebagai Ujian, Bukan Jodoh.

Hati orang yang belum lagi bertemu jodoh ini tidak dijangka. Riak muka gembira, tetapi kadang-kala segala tindakannya hanya untuk menggembirakan orang lain, namun tidak pada diri sendiri.

Hati mereka berasa perit melihat orang lain dapat mengecapi rasa bahagia, namun mempunyai pelbagai alasan sendiri untuk sedapkan hatinya sendiri.

Mungkin aku terlalu banyak khilaf…

Mungkin aku belum banyak berjasa pada ibu bapa…

Mungkin aku belum lagi layak menjadi seorang suami/isteri…

Mungkin aku belum lagi layak untuk memikul tanggung jawab sebagai seorang bapa/ibu…

Tetapi sampai bila hati dan perasaannya perlu bersangka baik? Kadang-kala berasa penat dan lelah, sehingga merasakan tiada siapa yang dapat memahami dirinya. Merayu, berdoa, menangis pada Allah setiap hari, namun jiwa masih berasa sunyi mahukan sentuhan.

Ada juga sebahagian daripada kita merasakan sudah berjumpa dengan bakal jodoh, namun pada waktu yang salah pula. Jadi, adakah si dia itu sebenarnya Jodoh atau pun ujian? Kenapa pada saat kita merasakan “He’s the one..” / “She’s the one…” tetapi jodoh tidak berpanjangan?

Ini kerana kita sudah lama tidak merasakan perasaan cinta tersebut.

Apabila seseorang telah lama terluka, kemudian Allah temukan insan yang seperti jodoh yang kita rasakan, sudah pasti sebenarnya Allah telah bukakan hati kita untuk berkenalan dengan orang baru. Perkenalan tersebut untuk membuka lembaran baru, kerana kita Yakin pada Allah akan diberikan jodoh yang terbaik.

Namun, apabila perkenalan tersebut gagal, ia bermaksud Allah tahu anda mampu untuk menempuhi dugaan dan ujian tersebut. Gagal bercinta, bukanlah gagal dalam hidup untuk selamanya. Kegagalan yang anda hadapi adalah untuk anda pelajari dan untuk dijadikan pengajaran supaya anda tidak melakukan kesilapan di kemudian hari.

Antara hikmahnya terjadi perkara sebegini adalah sama ada;

Anda mempelajari sesuatu yang baru dari orang tersebut…

Atau pun orang tersebut yang mempelajari sesuatu dari anda….

Apabila tujuan tersebut telah selesai, takdir Allah telah ditetapkan supaya anda berkenalan dengan si dia dalam tempoh yang singkat sahaja, kerana jika ia berterusan khuatir akan terjadi sesuatu yang memudaratkan. Sama ada pada anda sendiri atau pada orang tersebut.

Oleh sebab itu, apabila berlakunya sesuatu… Alhamdulillah adalah kata-kata yang harus anda ungkapkan. Alhamdulillah sekiranya Allah telah menetapkan hanya sampai pada saat itu sahaja perkenalan anda dengan si dia.

Alhamdulillah kerana Allah masih sayangkan kita…

Alhamdulillah kerana Allah masih beri peluang untuk kita berjumpa dengan orang ramai…

Perkara ini anda akan sedari setalah lama masa berlalu pergi. Masa akan mendewasakan seseorang, oleh kerana itu ramai sahaja akan menyedari setelah berkenalan dengan orang yang baru.

“Ouh, sebab ni lah aku tak jadi dengan dia…kalau jadi, mesti aku tak dapat terima dia..”


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen