Antara Lelaki Yang Mudah Mendapat Tempat Dihati Wanita.

Oleh: Zuzu Yasmine

Apabila ingat memikat hati seorang wanita ini, orang lelaki perlu bijak untuk memahami apa yang wanita mahukan. Sebagai contoh, wanita mahukan perhatian dari anda, maka dengan itu berikan dia sedikit perhatian agar dia dapat membuka ruang untuk anda. Jangan terlalu fikirkan untuk mengambil hatinya sahaja tetapi fikirkan apa yang dirinya perlukan.

Jika anda berjaya melengkapi apa yang dirinya perlukan, sudah pastilah anda akan berjaya mendapat tempat dihatinya. Sedikit sebanyak pasti anda akan berjaya. Paling mudah untuk memikat hati wanita adalah ketika dirinya sedang bersedih dan inginkan teman, pada ketika itu adalah terlalu mudah untuk dapatkan hatinya.



Berikut adalah lelaki yang akan mendapat tempat dihati wanita.

1. Pendengar yang setia.

Seorang wanita mahukan seseorang yang sudi mendengar segala luahan hatinya. Bahkan, dia akan mendengarnya dengan baik dan memberikan pandangan yang memuaskan hatinya. Seorang wanita akan mudah jatuh cinta dengan seseorang yang memahami masalahnya dengan baik tanpa perlu menyangkal dan memperlekehkan apa yang dirinya alaminya.

2. Sentiasa ada disisinya.

Sentiasa menjadi peneman yang baik juga akan membuatkan wanita mudah jatuh cinta dengan anda. Sebagai contoh, anda bukan sahaja mudah untuk diajak bergaul malah anda juga mudah untuk bergurau senda dengan dirinya. Ia seolah-olah anda berjaya menjadikan dirinya seorang rakan yang penting dalam hidup anda. Tapi anda perlu bijak untuk bezakan antara perasaan sebagai rakan atau inginkan sebagai kekasih.

3. Pandai ambil hati orang tuanya.

Ini yang ramai wanita mahukan, mereka mahukan seorang lelaki yang tahu menghormati ibu bapa mereka seperti ibu bapa sendiri. Paling tidak anda tahu menghormatinya sebagai seseorang yang lebih tua dengan anda itu juga turut memadainya. Tapi pada masa yang sama anda perlu bijak untuk mengambil hati orang tuanya. Hal ini kerana, kebiasaannya kaum wanita ini akan lebih mendengar kata-kata ibu bapanya berbanding orang lain.



4. Selalu membuat dirinya tesenyum.

Jika anda berjaya membuat dirinya tersenyum siang dan malam, itu bermakna anda telah berjaya memiliki hatinya. Mana tidaknya, anda akan membuat dirinya teringat akan terlatah anda yang berjaya mencuit hatinya. Cuba dapatkan senyumannya dahulu barulah anda berjaya dapatkan hatinya pula.

5. Pandai membuat lawak jenaka.

Wanita lebih mudah terpikat dengan lelaki yang pandai membuat lawak. Mana tidaknya, dalam kelakar anda pasti akan diselitkan kata-kata yang sweet. Bahkan semakin banyak wanita ketawa akan lawak yang anda berikan itu, semakin mudahlah dirinya untuk berikan hatinya kepada anda.

Kesimpulannya, ketika anda mendekati seseorang wanita itu, pastikan anda telah menyedikan kelengkapan untuk memikat hatinya. Jangan apabila dia mendekati anda, anda pula tidak tahu bagaimana untuk memikat hati mereka.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen