Ingin Tetap Bahagia Walaupun Masih Belum Miliki Pasangan? Ini Caranya.

Oleh: Zuzu Yasmine

Jangan terlalu bersedih jika anda masih belum menjumpai pasangan yang sesuai untuk anda. Pastikan anda tetap bahagia dengan cara yang tersendiri sementara anda sedang menunggu jodoh anda itu.

Kebahagiaan itu bukan terletak apabila anda sedang dilamun cinta atau telah berumah tangga, kebahagiaan itu boleh dicari dengan sendiri walaupun anda berstatus single. Setiap orang memiliki persepsi tersendiri tentang kebahagiaan, namun pada akhirnya yang paling penting adalah diri anda sendiri.

Memegang status ini bukan satu pertanda bahawa anda tidak laku atau tiada siapa yang mahukan anda. Ia adalah lebih menguji anda untuk menghargai kehidupan anda. Bahkan pada masa yang sama, ia juga ingin membiarkan anda menikmati dahulu kehidupan ini tanpa pasangan.



Berikut adalah cara anda membahagiakan diri anda sendiri.

1. Penjagaan kewangan anda.

Menjadi single boleh mengurangkan satu masalah kerana anda tidak perlu risau tentang keinginan pasangan anda, bermula dari hadiah pada hari-hari istimewa hingga perbelanjaan kalian berdating. Jadi, anda boleh menyimpan untuk tujuan lain atau membelanjakannya pada diri anda pada masa akan datang.

2. Melancong.

Pada ketika anda sedang bebas dan tidak berkomitmen inilah tersangat sesuai untuk anda pergi melancong dan melihat keindahan alam. Anda akan dapat merasai kenikmatan dengan melihat dunia luar, bahkan masalah memikirkan pasangan juga akan anda lupakan. Jadi ayuh mulakan pengembaraan anda.

3. Lebih masa untuk keluarga.

Jadual yang sibuk sering kali menjadi alasan anda untuk tidak bertemu dengan keluarga. Adakah anda tahu, meletakkan diri anda dalam persekitaran yang sentiasa memberi sokongan akan memberi impak yang baik kepada anda. Keluarga adalah salah satu daripada orang pertama yang boleh dipercayai dan bergantung pada bila anda memerlukannya.



Mungkin apabila anda berada dalam hubungan istimewa, masa anda akan lebih banyak dibahagikan antara kerja, pasangan, dan hobi, sehingga waktu untuk berkumpul atau hanya bertemu keluarga semakin kecil. Cinta dan sokongan dari keluarga adalah salah satu perkara terbaik dalam hidup anda.

4. Fokus pada kerjaya.

Daripada terus mengeluh tentang bagaimana nasib anda dari segi cinta, kenapa tidak menumpukan tenaga anda untuk mencapai kejayaan dan impian? Semakin aktif anda bekerja, tentunya semakin besar kemungkinan anda mencapai kejayaan. Dengan mencapai kejayaan, anda akan berasa gembira dan puas, bukan? Jika anda hanya perlu tumpukan pada membina kerjaya, dan anda juga akan merasa bahagia dengan apa yang anda kecapi.

5. Manjakan diri anda.

Anda akan mempunyai lebih banyak masa untuk diri sendiri. Manjakan diri anda dengan bersantai, melancong, dan membeli-belah. Jangan bazirkan masa anda dengan memikirkan jodoh. Nikmati sahaja masa-masa anda sebegini. Mana tahu ketika anda sedang menikmati kehidupan ini jodoh menghampiri anda.

Jodoh itu akan datang pada masa yang tepat, jadi jangan terlalu memikirkan perkara tersebut hingga anda lupa untuk menikmati kehidupan anda sendiri.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen