5 Tanda Anda Dan Dia Tidak Boleh Jalani Perhubungan Jarak Jauh.

Oleh: Zuzu Yasmine

Mana-mana pasangan pasti tidak mahu jalani PJJ ini, namun jika terpaksa pasti ada sahaja yang sanggup melakukannya. Bukan hanya itu sahaja, ada juga yang setia menanti pasangan dan bijak mengawalnya. Tapi bukan itu yang kita akan katakan, apa yang ingin diketengahkan adalah mereka yang tidak boleh menjalani hubungan jarak jauh ini.

Hal ini mungkin kerana, mereka ini telah dimomokkan dengan perkara-perkara yang menakutkan sebab itulah mereka menolak PJJ ini. Tapi itu mungkin bukan faktor utama. Perkara yang paling utama adalah diri mereka sendiri. Mari ketahui tanda-tanda kalian tidak boleh jalani PJJ.



1. Tidak boleh berjauhan.

Apa yang paling ketara adalah anda mahupun pasangan anda tidak boleh saling berjauhan. Apabila berjauhan sahaja, maka timbullah pelbagai masalah dalam hubungan kalian. Sebagai contoh, anda mahupun pasangan anda mula mencari salah antara satu sama lain. Sedangkan ia adalah petanda yang kalian saling memerlukan perhatian. Jadi kalian lebih sesuai untuk berikan perhatian dengan jarak yang dekat.

2. Tidak saling percaya.

Ini adalah paling menjadi alasan bagi mereka yang tidak mahu jalani hubungan pjj ini. Apabila tidak saling mempercayai, maka kalian tidak mahu berjauhan dari pasangan kalian. Hal ini kerana, kalian merasakan apabila berjauhan, pasangan anda akan melakukan sesuatu dibelakang kalian. Boleh jadi pasangan kalian berlaku curang ataupun melakukan perkara yang tidak disenangi oleh kalian.

3. Tidak ada komunikasi yang baik.

Rata-rata pasangan yang tidak jalinkan hubungan jarak jauh ini tidak mempunyai komunikasi yang baik melalui telefon bimbit. Hal ini kerana, kalian lebih mudah untuk berjumpa antara satu sama lain dan meluahkan apa yang terbuku di dalam hati. Maka dengan itu setiap masalah cepat diselesaikan. Tetapi, jika anda berjauhan dan hanya menggunakan telefon bimbit sebagai alat berkomunikasi, ia tidak dapat membantu dalam masalah yang dihadapi oleh kalian.



4. Tidak mengutamakan antara satu sama lain.

Sesetengah orang, apabila mereka berdekatan dengan pasangan mereka, mereka lebih mudah untuk mengutamakan segala perkara untuk pasangan mereka. Tapi apabila berjauhan fokus mereka lebih mudah terganggu dan menyebabkan dirinya lebih mengutamakan perkara lain berbanding pasangannya. Sebab itulah yang ada dalam diri mereka yang tidak mahu hubungan jarak jauh ini.

5. Tidak mempunyai matlamat yang sama.

Anda dan pasangan anda mesti mempunyai matlamat yang sama semasa menjalani hubungan jarak jauh. Sekiranya anda dan pasangan anda tidak mempunyai matlamat yang sama dalam menangani dan tidak mahu merancang mengenai hubungan kalian. Ia akan menimbulkan rasa tidak selesa dengan hubungan sebegini.

Kesimpulannya, semua perkara ini adalah bergantung pada diri sendiri. Kadang kala keadaan yang menyebabkan kita terpaksa jalani hubungan sebegini. Jadi kita jugalah yang harus bijak mengawalnya.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen