Untuk Cepat Move On, Jangan Pergi Ke 5 Tempat Ini.

Oleh: Zuzu Yasmine

Perpisahan adalah perkara yang akan menyakitkan hati sesiapa sahaja. Maka dengan itu, untuk keluar daripada kesakitan ini bukanlah satu perkara yang mudah jika kita masih lagi melakukan perkara yang sama seperti kita bersama dengannya. Apabila anda berpisah dengan pasangan anda, anda seharusnya telah melangkah keluar dari kenangan bersamanya. Tapi ia bukanlah mudah seperti yang diperkatakan. Oleh sebab itu, jangan anda pergi ke 5 tempat ini jika anda ingin memulakan satu langkah baru.



1. Jangan pergi ke tempat kali pertama anda berjumpa.

Pertemuan pertama ini pastinya akan memberikan kesan yang sangat mendalam buat pasangan yang bercinta. Mana tidaknya, pada ketika itu anda berasa begitu berdebar untuk bertemu dengan dia buat kali pertama. Itu belum lagi, pilihan tempat dan pakaian pasti ia agak gementar. Oleh sebab itulah anda tidak perlu pergi semula ke tempat ini dan mengimbau segala kenangan kali pertama dengan dirinya.

2. Tempat anda meraikan ulang tahun perhubungan anda.

Tempat menyambut ulang tahun perhubungan biasanya adalah tempat yang romantik dan begitu melekat diingatan anda. Mana tidaknya menyambut ulang tahun ini pastilah saat-saat yang ahu diingati dalam hubungan yang dibina. Ia merupakan hari yang sangat istimewa jadi, apabila anda datang ke tempat ini, ia akan membuatkan anda akan sentiasa mengingati setiap sambutan ulang tahun anda dan dirinya.

3. Tempat kegemaran anda.

Setiap pasangan mesti mempunyai tempat kegemaran, yang merupakan tempat di mana anda hanya mahu menghabiskan masa bersama dan saling meluahkan perasaan antara satu sama lain. Sekiranya anda baru sahaja berpisah, ini adalah salah satu tempat yang dilarang untuk dikunjungi oleh anda sekarang. Terlalu lama di sana akan membuat hati anda lebih patah hati.



4. Bersama rakan yang membawa kekasih mereka.

Apabila anda sedang bercinta dahulu, pasti anda akan berasa tidak kisah jika rakan anda bermesra dengan kekasihnya. Tapi kini apabila anda sudah kembali single, pasti sedikit sebanyak kelakuan rakan anda dan pasangannya itu akan membuatkan anda kembali mengingati bekas kekasih anda. Bahkan anda akan mula merindui dirinya selepas melihat kelakuan rakan anda berserta pasangannya itu.

5. Tempat di mana anda tahu anda akan berjumpa dengan dirinya.

Menjalinkan hubungan yang panjang bersama bekas kekasih membuatkan anda begitu memahami rutin harian dirinya. Tidak hanya itu sahaja, anda juga akan mengetahui tempat kegemarannya. Jadi anda pasti akan mempunyai niat untuk pergi ke sana, namun ia adalah satu perbuatan yang tidak harus dilakukan jika anda ingin move on.

Tidak salah untuk anda pergi ke tempat-tempat sebegini, namun ia akan menyakiti hati anda dan membuat anda sukar untuk melupakan dirinya. Jadi adalah lebih baik untuk anda kembali semula ke tempat ini selepas hati anda telah bersedia untuk perkara yang baru.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen