5 Sebab Lelaki Yang Baik Sukar Menemui Cinta.

Lelaki yang baik, untuk wanita yang baik.

Seperti Allah SWT telah berfirman:

“….perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik…” (An-Nur: 26)

Ayat di atas bermaksud, lelaki yang mempunyai akhlak yang baik untuk wanita yang mempunyai akhlak yang baik juga. Lelaki dan wanita itu juga mempunyai tahap keimanan yang sekufu, dimana masing-masing berusaha untuk berubah menjadi orang yang lebih baik, dan sudah bertaubat nasuha. Mereka juga berusaha dalam mendekatkan diri dengan jodoh yang baik. Itulah namanya sekufu dalam aspek keimanan atau keagamaan.

Jadi…

Untuk mencintai lelaki yang baik adalah sesuatu perkara yang agak sukar kerana…

1. Mereka Lebih Bermoral dan berakhlak.

Lelaki yang baik itu tidak semestinya seorang yang sempurna kerana dia melakukan sesuatu perkara bukan untuk menjadi sempurna tetapi dia adalah seorang yang bermoral. Lelaki ini berwawasan dan mempunyai standard tersendiri kerana dia sendiri mahu memastikan setiap perilakunya selaras dengan piawaiannya.

2. Tidak Gemar Melakukan Perkara Remeh.

Dimana kadang-kala kaum wanita gemar meremehkan keadaan, dan merumitkan semua perkara. Namun, lelaki yang baik tidak akan melakukan sesuatu perkara yang di ambil mudah, mahu pun yang remeh tetapi dia melakukan sesuatu perkara yang dia tahu kebaikannya terhadap diri sendiri mahupun orang lain. Sukar bukan?

3. Apabila terlalu kecewa, mereka akan menunjukkan sikap yang sebenar.

Lelaki yang baik tidak akan mencuba untuk berbohong kepada pasangannya, malah dia sedaya upaya untuk mencuba memahami hati pasangan. Lalu dia akan merasakan semua perkara itu sangat remeh padanya dan apabila dia terlalu kecewa, sikap sebenarnya akan muncul seperti perasaan amarah yang membara.

Jika pasangan melihatnya untuk kali pertama pasti terkejut dan terus melarikan diri dari hubungan tersebut. Namun, jika diberi masa dan ruang, pasti tahu cara-cara untuk melenturkan ego lelaki ini.

4. Tidak kisah menerima panggilan dari bekas kekasih.

Dimana pasangannya sekarang (cinta baru) tidak selesa dengan perbuatan tersebut.

Kadang kala lelaki yang baik ini, sanggup untuk menerima panggilan daripada bekas kekasihnya walaupun ketika itu dia bersama dengan pasangan. Pada fikirannya, mungkin ketika itu bekas kekasihnya membuat panggilan kerana hal emergency dan dia merasakan itu adalah suatu kewajipan yang dia perlu lakukan sebagai lelaki yang baik. Lelaki yang baik akan melakukan yang terbaik, tidak kira dalam apa jua situasi.

5. Terlalu baik sehingga mudah pasangan mengambil kesempatan.

Lelaki yang baik adalah seorang yang sangat setia walaupun dengan keluarga atau sahabatnya sendiri. Dia sanggup melakukan atau memberikan segala-galanya apa yang mereka mahu dan ketepikan segala kemahuan sendiri. Jika dengan kekasih hati, mereka sangat mementingkan kepercayaan dan kejujuran, sekali anda menghancurkan kepercayaan itu amat susah si dia mahu lari dari situasi yang sangat mengelirukan.

Hanya seorang wanita yang bertuah sahaja akan dapat memiliki lelaki yang baik ini, dan tidak akan cuba sesekali untuk mengecewakan mereka. Untuk menjadi lelaki yang baik sangat sukar, kadang kala sangat mengecewakan kerana tiada siapa dapat menyalahkan dirinya kerana dia menjadi terlalu baik.

Lelaki ini sentiasa berhati-hati dengan setiap perilakunya dan positif. Situasi ini menyebabkan pasangannya sukar untuk meninggalkannya malah lebih menyayangi mereka dengan lebih mendalam.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen