Apa Yang Orang Lelaki Rasakan Apabila Kekasih Hatinya Minta Segera Dihalalkan? Mari Ketahuinya.

Oleh: Zuzu Yasmine

Selalunya kita hanya memikirkan wanita sahaja bukan? Apa yang dirinya rasakan saat menunggu kekasih hatinya menghalalkan dirinya. Kini apa pula perasaan orang lelaki apabila kekasih pujaan hatinya meminta untuk dirinya segera menghalalkan dirinya. Apa reaksi mereka apabila menerima pesanan daripada pasangannya sebegitu. Dan apa pula tindakan yang akan mereka lakukan?



1. Jelas sekali, terkejut, terutama sekali anda merasakan umur anda masih terlalu awal untuk berfikir tentang perkahwinan. Kerana anda masih mahu merasakan kebebasan. Ia tidak boleh dinafikan bahawa keadaan umur bersedia untuk berkahwin antara lelaki dan wanita ini berbeza. Apabila mereka ini baru ingin memulakan pekerjaan telah mendapat kata-kata sebegini.

2. Apabila dia akhirnya cuba memahami kehendak kekasihnya, dia juga akan memberikan perkiraan apabila keupayaannya dan mencadangkan kepada anda. Menerima pertanyaan sebegitu pastinya akan membingungkan anda. Tapi anda akan faham mengapa pasangan anda meminta sebegitu. Apa yang akan dirinya katakan pasti akan meminta anda menunggu sehingga dia bersedia.

3. Kadang-kadang persoalan sebegini akan membuat si dia lebih bersemangat untuk melakukan pelbagai pekerjaan. Mana tidaknya, kekasih hatinya sanggup menunggu dan begitu mencintai dirinya. Sebab itulah kalau boleh dia juga mahu segera bernikah dengan anda. Itu lah yang membuat dirinya kelihatan lebih bersemangat dari biasa.

4. Dia pasti akan menjelaskan kepada anda bahawa perkahwinan itu bukan perkara yang main-main, malah ia perlu persediaan yang cukup dari kedua-dua pihak. Pada saat ini, dirinya sudah mula serius untuk pastikan akan keputusan anda memaksa dia menghalalkan segera itu adalah sememangnya anda begitu mencintainya atau hanya ingin berkahwin mengikut trend.



5. Dirinya mula meminta pertolongan daripada Allah. Dia mula memohon untuk diberikan pertunjuk dan dipermudahkan untuk melakukan keputusan. Hal ini kerana, dia tahu bahawa memikul satu tanggungjawab itu bukan perkara yang mudah. Terutama diusianya yang masih mudah dan mahu berseronok ini.

6. Meminta pasangan berkompromi dan bertolak ansur juga akan menjadi salah satu pilihan dirinya. Perkara ini akan terjadi apabila dia merasakan bahawa dia masih belum bersedia untuk memikul tanggungjawab. Bahkan dia juga masih lagi ingin bebas dengan kehidupan yang baru sahaja dia mula tempuhi.

7. Dia tidak akan membuat keputusan sendiri. Maka dengan itu, dia akan meminta pendapat daripada ibu bapanya. Maka dia akan memberikan anda sayu keputusan berdasarkan keputusan yang telah diberikan oleh ibu bapanya.

Bukan mudah untuk seseorang lelaki memikirkan cara untuk membalas pertanyaan pasangannya mengenai perkara sebegini. Selagi dirinya belum bersedia akan perkara sebegini pasti sukar untuk diberikan jawapan, melainkan jika dia sudah bersedia. Pasti jawapan yang mengembirakan sedia ternanti untuk anda.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen