Terjerat Sebagai Pihak Ketiga, Ini Perkara Yang Perlu Anda Lakukan.

Oleh: Zuzu Yasmine

Dalam mencari pasangan ini kita tidak tahu apa yang akan terjadi di dalam hidup kita. Sama ada kita akan berjumpa dengan seseorang yang sama memegang status single ataupun kita akan berjumpa dengan seseorang yang telah menjadi miliki orang. Bagaimana jika kita jumpa seseorang yang telah menjadi pasangan orang seperti tunangan orang, suami atau isteri orang serta kekasih orang. Apa yang lebih parah lagi adalah, kita ini di pihak yang ketiga. Yang tidak seharusnya muncul dalam perhubungan tersebut. Ini perkara yang perlu anda lakukan.



1. Jangan mempercayai dirinya.

Seseorang yang bermain kayu tiga ini biasanya seseorang yang tamak. Oleh itu, jangan sesekali anda cuba untuk mempercayai dirinya. Setiap apa yang dirinya katakan itu hanyalah untuk memerangkap anda untuk terjerumus dalam hubungan tersebut. Jadi jangan mudah percaya dengan apa yang dia katakan seperti dia akan meninggalkan pasangannya itu atau dia lebih menyayangi diri anda.

2. Letakkan anda di situasi pasangan kekasih anda.

Cuba anda membayangkan jika anda berada di tempat pasangan kekasih anda itu. Apa yang akan anda rasakan? Adakah bahagia dan gembira? Atau anda akan rasa sedih dan kecewa? Pasti anda merasakan ia bukanlah satu yang adil untuk terjadi dalam hubungan anda. Jika ia berlaku terhadap anda, apa yang anda akan lakukan?

3. Jauhi pasangan anda.

Pada ketika ini jalan terbaik adalah menjauhi pasangan anda itu. Hal ini kerana, dia bukan seseorang yang baik untuk dijadikan pasangan. Jika dia boleh lakukan perkara tersebut kepada suami atau isterinya, tidak mustahil anda juga akan diperlakukan sebegitu juga nanti. Jika anda tidak mahu menerima nasib yang sama, apa kata anda jauhkan diri daripada dia.



4. Mencari pengganti.

Apabila anda sudah berada dalam keadaan sebegini, jangan tunggu lagi untuk meminta kata putus dari pasangan anda. Adalah lebih baik anda terus mencari orang lain untuk menggantikan diri dia. Jika anda masih berharap pada si dia, ia hanya akan melukakan hati anda malah, kemungkinan anda hanya akan ditipu oleh dirinya sahaja.

5. Berdoa agar diberikan pertunjuk.

Mungkin anda akan merasakan kekecewaan tapi jangan lupa anda masih boleh memohon pertunjuk kepada Allah. Mengadu dan memohon kepadaNya. Hal ini kerana dia tahu apa yang terbaik untuk anda.

6. Memohon maaf kepada pasangan kekasih anda.

Untuk melapangkan dada dan menghilangkan rasa dendam di hati anda ataupun pihak di sana. Adalah lebih baik anda memohon maaf atas keterlanjuran tersebut. Mengalah itu tidak bermaksud anda kalah.

Perkara-perkara sebegini sering kali akan terjadi dalam hidup ini, tapi jangan takut untuk berhadapan akan kelukaan atau kehilangan. Hal ini kerana, ada yang lebih baik menanti anda di hadapan.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen