Jika Ingin Dicintai Oleh Wanita Yang Baik, Jadilah Lelaki Yang Dicintai Oleh Allah SWT.

Allah SWT sangat menyukai para pemuda yang usianya dihabiskan untuk beribadah kepadaNya. Bahkan Allah lebih gemar akan ibadah para pemuda atau remaja ini daripada ibadah golongan yang sudah lanjut usia.

Terdapat beberapa ciri-ciri remaja atau pemuda yang sangat dicintai Tuhan dan Rasulullah SAW, iaitu;

1. Pemimpin yang Baik dan Adil.

Pemuda atau remaja yang bijak memimpin. Termasuklah pemimpin kepada dirinya sendiri sehingga mampu meletakkan dirinya dalam disipilin yang tinggi. Bahkan jika memimpin orang lain, dia juga pemimpin yang adil.

2. Rajin Beribadah.

Rajin beribadah kepada Allah SWT adalah dengan melaksanakan setiap perintahNya dan menjauhi segala yang dilarang. Selain itu, pemuda yang baik juga mengamalkan setiap ajaran Islam seperti menjaga solat dan sentiasa berserah diri dengan memohon reda Allah SWT.

3. Hatinya Terpaut dengan Masjid.

Pemuda yang dimaksudkan ini adalah pemuda yang meninggalkan hatinya dalam masjid walaupun jasadnya tidak berada di masjid.

Golongan ini akan melakukan pelbagai ibadah untuk mengimarahkan masjid iaitu dengan pelbagai majlis ilmu serta aktiviti kerohanian.

Seperti sabda Rasulullah SAW;

“Sebaik-baik tempat di sisi Allah masjid-masjidNya, dan seburuk-buruk tempat menurut Allah adalah pasar-pasarNya.” [Hadis Riwayat Muslim]

4. Berukhuwah dan Bercinta kerana Allah SWT.

Bercinta kerana Allah adalah dengan berpisah dan bertemu kerana Allah, bukan nafsu semata-mata. Dengan itu para remaja atau pemuda seperti ini akan mendoakan dan membantu, saudaranya sehabis daya demi Allah SWT.

5. Pemuda yang Menolak Melakukan Zina dan Maksiat.

Hal ini bermaksud, jika diajak berzina oleh seorang wanita cantik dan memiliki kekayaan, dia berkata;

‘Sesungguhnya aku sangat takut kepada Allah’.

Ini kerana ketinggian keimanan kepada Allah SWT melebihi segalanya, sehingga sangat takut untuk berbuat maksiat. Dengan itu para pemuda ini akan sentiasa menjaga pandangan dan maruahnya demi Allah SWT.

6. Gemar Bersedekah secara Bersembunyi.

Hal ini bermakna segala kebaikan yang dilakukan bukanlah berniat untuk menunjuk-nunjuk atau riak, sehinggakan perbuatan mereka ini tidak diketahui oleh sesiapapun.

Golongan seperti ini sudah tentu memiliki sifat ikhlas yang tinggi, seumpama tangan kanan kanan yang bersedekah tidak diketahui sedikitpun oleh tangan kirinya.

7. Sentiasa Berzikir dan Mengingati Allah.

Pemuda sebegini adalah yang sentiasa mengisi masanya dengan berzikir dan mengingati Allah dan kebesaranNya.

Bahkan mereka selalu menyesali akan segala kesilapan lalu dan kerap bertaubat kepada Allah SWT. Sesungguhnya para pemuda inilah yang mengalirkan air mata mereka semata-mata untuk Allah dan sentiasa takut serta kagum dengan keEsaan Allah SWT.

Akhir sekali, semoga setiap remaja sentiasa berlumba-lumba untuk menjadi pemuda yang dirindukan syurga dan tidak tertipu dengan kesenangan duniawi. Allah SWT telah memberi peringatan kepada hambanya untuk tidak mensia-siakan waktu muda sehingga usia tua mereka tiba.

“Demi masa, sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat-menasihati supaya menetapi kesabaran.” [Al-Ashr: 1-3]

******** Semoga Bermanfaat ********

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen