“Bercintalah Dalam Batasan Allah Nescaya Cinta Kita Berbalas Dengan RedhaNya” Nasihat Lelaki Ini.

Rasa suka, rasa minat, rasa sayang adalah satu perasaan yang diberikan oleh Allah SWT.  Taktala seorang lelaki mahupun seorang wanita mula merasakan percikan cinta atau sayang dalam dirinya, ketika itulah mereka akan diberi dugaan dan ujian dari Allah SWT. Mahu terlalu mengikut nafsu, atau mahu ke jalan yang diredhai Allah adalah bergantung dengan pemikiran matang mereka.

Jika terlalu mengikut nafsu, sudah tentu ia bukan dijalan diredhai Allah. Jom ikuti perkongsian dari saudara ini mengenai cinta yang tidak berlandaskan syariah…

********

“Saya cintakan awak sepenuh hati dan rela hidup mati bersama awak.”

Rasa cinta lelaki perempuan memang sukar dibendung kerana ia adalah tuntutan fitrah. Apa yang penting adalah bagaimana Islam melorongkan cinta ini menuju laluan yang tepat iaitu perkahwinan.

Islam tidak membenarkan rasa fitrah ini dibiarkan bertenggek pada dahan rapuh yang tidak mampu menanggung si monyet bagi masa yang lama. Itulah hakikat percintaan tidak lulus syariah.

Jika rasa ini begitu kuat mendorong seseorang Muslim, Islam mengajar kita agar memagarnya dengan pagar puasa:

“Sesiapa yang mampu berkahwin, maka hendaklah dia segera berkahwin kerana ia mampu menundukkan pandangan (dari memandang yang haram) dan menjaga kemaluan (dari melakukan zina). Sesiapa yang tidak mampu maka hendaklah dia berpuasa kerana ia mampu menjinakkan nafsu.” [Sahih al-Bukhari]

Selain itu, Allah juga mengajar kita agar menjauhi dosa zina yang biasanya berputik daripada kosmetik cinta terlarang sebegini:

“Dan “janganlah kamu dekati zina,” sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan).” [Surah al-Isra’ 17:32]

Dalam bahasa Arab, tegahan mendekati sesuatu perkara membawa maksud larangan berganda dari melakukannya (Tafsir al-Alusi). Allah memang mengetahui kelemahan manusia dalam berhadapan dengan medan magnetik ujian cinta tidak lulus syariah.

Oleh itu Dia mengingatkan kita agar langsung menjauhi semua laluan yang membawa kepada zina. Sesiapa yang masuk ke dalam lingkungan medan magnetik godaannya sukar lolos dan mudah tewas.

Jika orang jahil bersungguh meraikan cinta pada hari Valentine sama ada dalam hubungan halal suami isteri atau cinta tidak lulus syariah atas nama kekasih, usahlah kita turut sama terpalit dengan musibah kejahilan mereka.

Tanpa adanya orang Barat memperkenalkan hari cinta, Allah sudah lama mewartakan cinta sejati dalam kerangka Islam. Bahkan Allah yang bernama al-Rahim iaitu Yang Maha Penyayang lebih mengetahui cinta yang bagaimana diperlukan oleh makhluk ciptaanNya ini.

Cinta yang dilandaskan semata-mata atas gelora nafsu adalah produk Iblis yang sudah lama bersumpah mahu merosakkan manusia. Lihat sahaja berapa ramai manusia yang sesat akal dan imannya kerana produk Iblis ini.

Berapa ramai bayi tidak sah taraf lahir hasil dari cinta songsang ini. Berapa ramai bayi dicampak ke dalam tong sampah kerana ketelanjuran mangsa produk Iblis ini? Berapa banyak kes kita dengar lelaki membunuh wanita kerana amarah cemburu.

Tidak kurang juga rumah tangga yang runtuh kerana usikan cinta terlarang orang ketiga dan sebagainya.

Oleh itu, jadilah manusia yang bijak dengan meraikanlah cinta anjuran Allah dalam kerangka Islam.

Bercintalah dalam batasan Allah nescaya cinta kita berbalas dengan redhaNya di dunia dan di akhirat.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen