5 Percintaan Yang Sentiasa Kaum Wanita Harapkan. Anda Yang Mana?

Percintaan itu sangat indah bagi mereka yang sedang hangat bercinta. Pasangan yang bercinta diibaratkan hidup dalam alam mereka sendiri, kerana orang luar seolah-olah tidak memahami perbuatan atau sikap mereka.

Anda juga akan merasakan yang anda layak untuk memiliki pasangan yang bukan sahaja membuatkan anda merasa tenang, tetapi menjadi insan yang lebih baik daripada masa silam. jom lihat antara percintaan yang sering menjadi angan-angan bagi kaum wanita.

1. Percintaan yang sangat bermotivasi.

Pasangan yang menyokong dari segi  segala hal atau dengan trend terkini dipanggil ‘Relationship Goals’. Si dia akan sentiasa mendengar bebelan anda seperti isu yang di ulaskan sangat mengujakan. Apabila anda menjadi patah semangat atau menyerah kalah, si dia akan menjadi ‘cheerleader’ untuk meningkatkan keyakinan anda.

2. Percintaan yang obsessi.

Anda juga mahukan seseorang yang terlalu obsess dengan diri anda. Si dia dengan secara tiba-tiba akan membuat panggilan pada 3 pagi kerana hanya terlalu rindu untuk mendengar suara anda. Tidak kira dimana sahaja anda berada, si dia akan menyelitkan nota cinta yang berwarna warni pada helaian diari anda. Secara rambang, si dia akan ke terus ke destinasi anda, kerana hati yang menyusuk kerinduan.

3. Percintaan yang clingy.

Malah text morning daripada si dia anda akan terima setiap pagi, bukan kerana ia adalah kewajipan tetapi anda adalah orang pertama yang si dia fikirkan usai bangun pagi. Selain daripada itu, anda juga  mahukan layanan yang pertama, bukannya dijadikan sebagai pilihan. Anda tidak mahu dijadikan sebagai kemungkinan, tetapi sebagai kepentingan.

4. Percintaan yang konsisten, tidak pernah berhenti untuk bersikap romantik.

Anda mahukan si dia menyayangi anda dengan konsisten dan yang sentiasa ada jika anda memerlukannya. Malah si dia juga akan berusaha untuk sentiasa berada di sisi anda. Si dia juga akan menunjukkan yang dia hanya ada anda seorang. Awak dan saya! Tiada yang lain!

Di samping itu, anda mahu kan seseorang yang tidak takut dan tidak segan untuk memperkenalkan diri anda sebagai kekasih hatinya pada orang ramai. Si dia akan menjadi begitu gentleman dan membuka pintu kereta untuk memberi anda ruang, si dia pasti akan menawarkan pertolongan untuk membawa bag anda walaupun ia membuatkan keadaan menjadi lucu. Si dia akan melayan anda seperti seorang puteri kerana peribadinya yang tinggi berbudi bahasa.

5. Percintaan yang sangat dalam.

Anda juga sepatutnya layak untuk mendapat pasangan yang mencintai diri anda dengan sepenuh hati. Si dia akan merenung ke dalam mata anda dan memberitahu andalah gadis paling cantik yang pernah dia temui. Si dia tidak kisah dengan kekurangan diri anda, malah cintanya pada anda semakin dalam. Si dia akan melayan anda dengan sempurna, walaupun anda bukan bagaikan bidadari.

Di kejar, di hormati, di bahagiakan dan di cintai adalah harapan setiap insan yang ingin mencintai.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen