Perkara Yang Anda Perlu Apabila Diberikan Harapan Palsu.

Oleh: Zuzu Yasmine

Apa perasaan anda apabila anda sudah mula berharap dengan seseorang tetapi dirinya buat acuh tidak acuh sahaja terhadap anda. Anda dan dia tidak bercinta tapi kalian berkenalan telah lama bahkan dirinya melayani anda seperti kekasihnya. Dia memberi anda semangat dan sokongan dalam setiap perkara yang berlaku kepada anda. Malah anda dapat merasakan kepentingan dirinya dalam hidup anda. Lama kelamaan pasti anda akan mula jatuh sayang dengan dirinya bukan?

Tapi dirinya hanya sekadar memberikan harapan sahaja malah tidak pernah ingin jadikan anda sebagai pasangannya. Apa yang perlu anda tahu mengenai mereka yang suka memberikan harapan palsu ini.



1. Dia takut akan kesunyian.

Mereka ini sebenarnya takutkan kesunyian. Boleh jadi sahaja dia sudah mempunyai pilihan hatinya, tapi dia kurang mendapat perhatian yang sewajarnya. Maka dia akan mencari seseorang yang akan melayani dan menghilangkan kesunyian yang ada. Tapi dia tidak pernah mahu membuat anda sebagai pasangannya. Bila kekasihnya mula berikan perhatian kepadanya, maka dia pun akan melupakan anda.

2. Dia hanya pentingkan diri.

Sesiapa sahaja yang mempunyai sikap sebegini biasanya hanya mementingkan dirinya sahaja. Dia lebih mengutamakan kemahuan dan ketakutan dirinya. Dia tidak pernah sekali pun memikirkan kesan yang akan terjadai terhadap seseorang yang diperlakukan sebegitu. Yang paling utama adalah dirinya bukan orang lain.



3. Sering berlaku pada mereka yang terburu-buru.

Perkara sebegini sebenarnya berlaku kepada mereka yang suka terburu-buru dalam memberikan hati. Jika anda sedikit berhati-hati sudah pasti anda dapat mengelakkan perkara sebegini. Tapi jika anda terus percaya dan yakin terhadap segala perbuatannya itu kerana dia suka akan anda, maka inilah perkara yang akan terjadi kepada anda.

4. Jauhi mereka.

Jika anda berdepan dengan orang seperti ini, jangan sesekali mendekati mereka. Adalah lebih baik anda membuat keputusan bijak dengan menjauhi mereka ini. Walaupun anda telah mula menyukainya. Mana tidaknya, ia hanya akan memberikan anda harapan bukannya menginginkan anda.

Harapan palsu ini adalah perkara yang menyakitkan, jadi anda seharusnya bijak dalam memilih seseorang untuk anda berikan hati anda. Seseorang yang suka memberikan harapan palsu ini selalunya tidak akan pernah rasa bersalah terhadap mangsanya.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen