5 Cara Sopan Untuk Menolak Seseorang Agar Tidak Mengecilkan Hatinya.

Oleh: Zuzu Yasmine

Berkenalan dengan seseorang kadang kala akan timbulkan rasa janggal. Biasalah perkenalan yang masih baru dan pertemuan baru sekali. Namun begitu, kadang kala seseorang itu dapat merasakan bahawa dia bukan orang yang anda cari ataupun, dia bukan orang yang sesuai dengan anda. Tapi pada ketika itu, anda sudah lihat dengan jelas bahawa si dia begitu bersungguh ingin berkenalan dengan lebih dekat lagi.

Tapi anda ingin menamatkan segera kerana, tidak mahu membuang masa dengan seseorang yang anda tidak minta. Bukan kerana memilih tapi anda hanya bertindak mengikut kelakuan dan gerak hati anda sahaja. Jadi bagaimana anda ingin menolak seseorang agar tidak menyinggung hati mereka ini?



Berikut adalah 5 cara yang boleh anda tiru.

1. Bercakap mengenai kekasih anda.

Walaupun anda masih lagi single dan tidak miliki pasangan, itu tidak mengapa. Hal ini kerana, anda lakukan perkara ini kerana mahu menolak dirinya dengan cara baik. Biasanya apabila mendengar status diri anda, orang yang memintai anda ini akan mengundurkan diri. Jadi penipu akan perkara sebegini tidak menjadi masalah kerana ia tidak akan mengecilkan hati dirinya. Mungkin dia akan terkejut tapi tidak mengapa sebab dia tidak akan marah dengan anda.

2. Tunjukkan ciri-ciri seseorang yang anda minat.

Seterusnya, anda boleh berkongsi cerita akan seseorang yang anda minati. Ceritakan dan kongsikan ciri-ciri yang anda pada seseorang itu, tapi pastikan dia tidak miliki ciri tersebut. Jika anda lakukan perkara seperti ini, ia akan membuatkan dia rasa rendah diri kerana dia tidak miliki ciri tersebut dan pada masa yang sama dia akan mengundurkan diri dari mengejar cinta anda.

3. Menyatakan bahawa anda ingin berkawan sahaja.

Lakukan perkara seperti ini diawal perkenalan. Jangan lakukannya apabila dia sudah meluahkan rasa hatinya. Apabila lakukan diawal perkenalan, dirinya tidak akan marah dan berkecil hati dengan anda. Walaupun ia mengecewakan dirinya, tapi dia tahu bahawa dia sudah berada di friendzone.



4. Berlaku jujur.

Perkara yang sukar untuk dilakukan tapi, ia adalah perkara yang baik untuk anda dan dirinya. Berlaku jujur kepada dirinya akan membuat anda hilang rasa serba salah malah melahirkan rasa lega. Dirinya juga pasti akan menerima dengan terbuka kerana dia tahu bahawa hati seseorang itu tidak boleh dipaksa untuk menerima seseorang yang bukan pilihannya.

5. Meminta bantuan rakan anda.

Jika anda tidak boleh luahkan, mungkin rakan anda boleh membantu anda. Tapi pastikan rakan anda menyatakan satu perkara yang tidak melukan hatinya. Walaupun rakan anda yang memberitahu perkara tersebut, tapi anda perlu pastikan bahawa dia tidak mengecilkan hati orang terbabit.

Memulakan perkenalan itu tidak mudah, menolak seseorang itu juga tidak mudah. Tapi jika mengecilkan hati seseorang pasti rasa serba salah akan sentiasa ikuti anda.



 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen