Cara Terbaik Menjaga Sebuah Hubungan Perkahwinan.

Oleh: Zuzu Yasmine

Kehidupan sebagai pasangan suami isteri ini sudah tentulah berbeza dengan pasangan yang bercinta. Banyak perkara yang anda dan pasangan akan lalui bersama-sama. Keadaan dan situasi juga akan berbeza ketika anda sedang baru berkahwin dengan sudah lama berkahwin. Apabila berkahwin ini, banyak perkara yang belum diketahui dan masih malu-malu lagi orang kata.

Tapi, apabila telah lama berkahwin ini, banyak perkara yang kita sudah tahu mengenai pasangan sehinggakan tabiat buruk pasangan juga kita sudah tahu. Ditambah dengan pelbagai ujian dan cabaran datang untuk menyerikan lagi perhubungan yang ada itu pasti sedikit sebanyak ia akan mengugat kasih sayang yang ada.



Jadi sebab itulah, kita perlu lakukan sedikit usaha untuk memastikan hubungan sebagai suami isteri ini terus terjaga dan bahagia hingga ke akhir hayat. Jadi, bagaimana hendak menjaga sebuah hubungan ini?

1. Bersyukur.

Perkara yang paling penting yang perlu anda lakukan adalah, bersyukur dengan kehadiran pasangan anda. Bersyukur dengan kelebihan dan kebaikan yang ada pasangan anda. Jangan hanya memandang kelemahan dirinya tapi pandanglah setiap kebaikan yang telah dirinya lakukan kepada anda. Kalau boleh bersyukur atas segala yang telah anda dan pasangan lalui bersama-sama.

Dengan rasa bersyukur ini akan membuat anda mengingati saat-saat manis pasangan anda bahkan akan menghargai pasangan anda dengan lebih lagi. Apabila anda tidak bersyukur dengan apa yang ada, anda kemungkinan akan menyesalinya apabila telah kehilangan dirinya.

2. Berdoa.

Allah yang mampu mengubah hati setiap orang. Maka dengan itu banyakan berdoa dan memohon kepadanya agar hati pasangan anda tidak berpaling dari anda. Bukan hanya itu sahaja, minta kepadanya agar hubungan yang dibina itu lebih bahagia seperti ketika awal perkahwinan. Bahkan meminta kepadanya agar pasangan anda melihat segala kelebihan anda dan mengabaikan segala kekurangan anda.



3. Jangan kalah dengan harapan.

Biasanya sebelum kita berkahwin, pasti aka nada sedikit harapan yang akan diletakan pada perhubungan tersebut. sebagai contoh, anda mengharapkan bahawa pasangan anda akan memuji anda setiap hari, menghulurkan bantuan apabila anda penat selepas pulang dari kerja ataupun memberikan kerjasama yang baik dalam rumahtangga.

Tapi apabila harapan seperti itu tidak tercapai dan tidak terjadai dalam perkahwinan anda, sedikit sebanyak ia akan menjejaskan hubungan kalian. Jadi, jangan terlalu meletakkan harapan yang terlalu tinggi sehinggakan ia mengecewakan diri anda sendiri. Apabila semua perkara tidak berlaku seperti yang anda harapkan, maka anda perlulah menerima segalanya dan lupakan segala harapan anda itu.

4. Perbaiki semula kehangatan cinta.

Apabila telah lama berkahwin, pasti perasaan itu akan mula berkurang dan tidak sehangat seperti baru-baru dahulu. Pasangan juga sudah mula dingin, dan tidak romantik. Disini lah anda perlu perbaiki semula rasa kehangatan cinta anda itu.

Kembalikan kehangat itu dengan melakukan perkara-perkara yang telah lama anda tidak lakukan kepada pasangan anda. Sebagai contoh, memberikan ciuman di dahi, berikan senyuman selepas pulang dari kerja dan pelbagai lagi.

Menjaga hubungan setelah berkahwin ini tidak sukar kerana anda sudah tinggal sebumbung dengan dirinya. Apa yang paling utama adalah usaha anda untuk melakukan perkara tersebut.


 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen