Kesan Apabila Membiarkan Seorang Isteri Terlalu Berdikari Dan Merajuk Terlalu Lama.

Di dalam rumah tangga, sepasang suami isteri sepatutnya tahu akan peranan dan tanggung jawab masing-masing. Perkahwinan yang dibina bukan sahaja bersandarkan pada percintaan semata-mata, tetapi terlalu banyak perkara yang perlu dikorbankan. Malah pengorbanan tersebut perlu lah sama rata antara suami dengan isteri supaya perkahwinan tersebut seimbang, tidak berat sebelah.

Jika si suami sahaja yang memimpin keluarga tanpa si isteri di sisi, sudah tentu senget sebelah bahtera perkahwinan tersebut. Seperti kapal dilautan, jika dikendalikan keseorangan sudah pasti sangat berat beban untuk dipikul. Oleh kerana itu perlunya pembantu untuk menolong menunjukkan ke arah yang betul untuk ditujui. Begitu juga dalam perkahwinan.

Apabila si isteri sahaja yang melakukan semua perkara dalam urusan rumah tangga, berat sebelah lah jadinya. Apabila berat sebelah, tekanan hanya disebelah sahaja, jadi apa fungsi lagi sebelah itu? Seimbangkan perkahwinan anda, dengan tidak membiarkan isteri terlalu berdikari malah merajuk terlalu lama kerana…

1. Menjauh hati dan diri.

Si isteri akan berasa hatinya terlalu jauh, lantas bergerak keseorangan. Bukan sahaja secara fizikal, malah secara mental.

Badan jauh dari suami, apatah lagi emosinya tidak lagi merasakan suaminya wujud disebelah.

2. Tidak perlu pergantungan lagi.

Seorang suami adalah untuk memimpin, membimbing, melindung seorang isteri supaya mereka ada tempat pergantungan untuk melakukan sesuatu perkara. Oleh kerana itu, si isteri perlu meminta izin dari suami terlebih dahulu sebelum melakukan sesuatu perkara atau pergi ke mana-mana sahaja. Sekiranya ini terjadi, pasti si isteri merasakan tidak lagi perlu untuk meminta izin.

“Selama ni awak memang biarkan saya je kan, tak ambik peduli pasal saya, kenapa tiba-tiba hari ni nak kena minta izin?”

3. Lebih mementingkan penjagaan anak daripada suami.

Anak juga adalah pemberian dari Allah SWT yang penting untuk ibu bapa menjaga. Tetapi dalam rumah tangga, jika si isteri terlalu mengambil berat tentang anak sehingga mengabaikan suaminya secara sengaja itu tandanya hatinya sudah menjauh. Perkara ini sepatutnya tidak boleh berlaku, kerana si isteri perlu menjaga hak suami juga.

4. Tidak lagi membebel atau meluahkan perasaan.

Apabila seorang isteri mula menjauh hati dan melarikan diri dari suami, sudah pasti hatinya sudah tawar. Jika kaum wanita diam seribu bahasa itu bukanlah sesuatu perkara yang normal. Walaupun wanita tersebut introvert atau pendiam sekalipun, tetapi dengan orang yang dia rapat sudah pasti selesa untuk berbual apa sahaja.

Tetapi kali ini, untuk berbual pun sudah berasa kekok. Lebih baik memendam perasaan.

5. Mengalami tekanan yang sangat tinggi.

Secara general, sebenarnya seorang wanita akan menjadi sangat tertekan sekiranya pasangannya tidak berkomunikasi dengan cara yang betul. Kaum wanita memerlukan jawapan pada setiap persoalan. Jika dalam rumah tangga, si suami hanya mendiamkan diri ketika berlaku pergaduhan dan tidak mempedulikan perasaan si isteri, kaum wanita akan mengalami tekanan.

6. Seperti zombie.

Apa yang jadi pada si isteri yang seperti tiada perasaan, menjauhkan diri dan hati, menjadi tawar hati, soal sepatah jawab sepatah, buat sahaja urusan rumah tangga tanpa perasaan? Seolah-olah menjadi zombie pula. Seorang isteri yang anda kenal dulu sebelum kahwin sangat cantik, ceria, dan seperti tiada masalah, tetapi mengalami perubahan yang sangat banyak setelah berkahwin. Salah siapa?

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen