Dilema Pasangan Sudah Berkahwin, Rumah Sendiri Atau Rumah Keluarga? -Ikuti Penjelasan Ini.

Oleh: Zuzu Yasmine

Apabila ingin mendirikan rumahtangga ini pasti banyak perkara yang ingin difikirkan, terutama perkara yang akan dilakukan selepas selesai menjadi suami isteri yang sah. Yang paling membimbangkan adalah tempat tinggal bersama pasangan selepas berkahwin ini, adakah ingin tinggal bersama keluarga sendiri, keluarga mertua ataupun menyewa sahaja rumah sendiri.

Tapi bagaimana pula jika, ibu bapa anda atau pasangan dalam keadaan tidak sihat. Apa yang anda perlu lakukan. Oleh sebab itu, sebelum berkahwin, anda perlu bertanya pasangan anda akan kesanggupannya untuk tinggal bersama keluarga mertua, hal ini kerana ada juga seseorang yang berpegang pada pendirian untuk tidak mahu tinggal bersama keluarga mertua.

Jadi rumah sendiri atau rumah keluarga? Mari ikuti pandangan yang diberikan oleh saudara Firdaus Shakirin mengenai perkara ini.



Rumah mertua atau rumah sendiri?

Perkara yang selalu bermain di fikiran bakal-bakal isteri, lepas berkahwin, duduk dengan mertua atau rumah sendiri (meskipun menyewa). Ada yang kata, duduk jauh-jauh bau wangi, duduk dekat-dekat bau busuk. Namun perkara ni terpulang pada situasi yang dialami setiap pasangan.

Jika didalam rumah kita terdapat ramai adik beradik yang dah berkahwin, yang belum kahwin,atau ada adik / abang lelaki yang masih bujang, maka sebaiknya, carilah rumah sendiri. Sebab?

1. Nak jaga aurat isteri, kehormatan isteri dari pandangan lelaki ajnabi lain (ipar, biras, adik atau abang lelaki), nak mudahkan isteri untuk pergi mandi, berpakaian, dan breastfeeding ketika berada didalam rumah.

2. Nak jaga perbelanjaan keluarga sendiri daripada menanggung keluarga2 atau individu lain selain daripada ibu bapa sendiri.

3. Nak bina asas rumahtangga, kepercayaan dan peraturan di dalam keluarga kecil sendiri.



Jika di dalam rumah tiada sesiapa disebabkan adik beradik yang lain dah berpindah keluar, hanya kita yang tinggal dengan ibu bapa, dan kesihatan ibu bapa tidak mengizinkan kita untuk meninggalkannya, maka sebaiknya tiggal dengan ibu bapa tetapi :

1. Maklumkan kepada bakal isteri, yang dia akan tinggal sekali dengan mertua, dan beritahu tentang keadaan ibu bapa kita.Sekiranya dia tak boleh terima, maka belum terlambat lagi untuk kita memutuskan hubungan itu.

2. Sekiranya dah berkahwin, sediakan tempat tinggal, bilik yang selesa untuk isteri, dan kemudian, ajarkan isteri tentang perangai2 ibu bapa kita, apa yang boleh buat, apa yang tak boleh buat di dalam rumah itu, apa yang mak kita suka dan apa yang mak kita tak suka dan sebagainya, supaya isteri bersedia untuk "berperang" menghadapi karenah orang tua kita.

3. Selalu tanya isteri, hari ke hari, masa ke masa, tentang apa perasaan dia, apa yang dia rasa? kita sebagai anak bertanggungjawab menjaga ibu bapa kita, bukan isteri. Dan sekiranya isteri melakukan tugas itu semasa ketiadaan kita, maka, itu EHSAN dirinya untuk kita. Hargai, dan balas ehsan isteri dengan berbuat baik kepadanya.

4. Sesekali, jika adik-beradik lain berpeluang untuk menjaga ibu bapa, maka gunakanlah masa ini untuk membawa isteri pergi bercuti, berjalan bagi merehatkan diri, menyegarkan semula dirinya. Isteri sangat-sangat memerlukan ini, iaitu masa bersama suami,"hanya dengan suami sahaja".

Jika isteri boleh menjadi menantu yang baik untuk keluarga kita, maka kita sebagai suami, perlu lah menjadi menantu yang LEBIH BAIK untuk keluarga isteri...

Suami itu contoh kepada isteri... Nak isteri rajin, maka kita rajin dahulu... Nak isteri baik, maka kita jadi baik dahulu... Nak isteri solehah, maka kita jadi soleh dahulu...

Keperibadian suami akan membentuk perangai isteri...

# Tinggal sendiri atau tinggal dengan mertua, itu terpulang... Jika nak rumahtangga bahagia, maka buatlah sesuatu keputusan yang dapat menggembirakan kita, suami dan isteri...

Semoga perkongsian ini akan membantu anda membuat keputusan yang baik untuk diri anda dan juga pasangan anda.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen