Atasi Pasangan Keras Kepala Dengan Melakukan 6 Perkara Ini.

Oleh: Zuzu Yasmine

Mempunyai pasangan yang keras kepala, degil dan sukar menerima pendapat orang lain ini sememangnya memeningkan kepala. Mana tidaknya, jika anda hanya membiarkan sahaja tingkah lakunya pasti tidak tahan pula anda nanti. Tapi jika anda pergi tinggalkan dirinya itu juga tidak boleh anda lakukan. Mana tidaknya hati dah jatuh sayang bukan?

Tahukah anda, terdapat beberapa perkara yang boleh anda lakukan apabila memiliki pasangan seperti ini. Walaupun begitu, pastikan anda mempunyai kesabaran yang tinggi untuk lakukan perkara-perkara ini.



1. Jangan bercakap dengannya apabila dia beremosi.

Apabila dirinya sedang dalam keadaan marah atau tegang, jangan cuba anda mendekati dirinya. Biarkan sahaja dirinya terlebih dahulu. Jangan mendekati dirinya dengan niat untuk memujuk, nanti anda akan dapat yang sebaliknya. Biasanya orang sebegini tidak suka sekiranya emosinya diganggu. Jadi biarkan sahaja dirinya sendiri yang menstabilkan semula emosinya.

2. Layani dirinya dengan penuh kasih sayang.

Orang seperti ini tidak boleh dilayani dengan kekerasan juga. Nanti lain pula jadinya. Jadi, pada ketika ini tunjukkan bahawa anda sangat menyayangi dirinya. Tunjukkan kepadanya bertapa sayangnya anda kepadanya. Bahkan dalam setiap pertuturan anda perlulah dengan kelembutan, jika anda turut menggunakan ketegasan ia sememangnya tidak akan berubah sampai bila-bila.

3. Jangan mencelah apabila dirinya bercakap.

Orang degil ini cenderung itu tetap dengan pendiriannya. Walaupun kadang kala pendiriannya itu tidak sama dengan anda, jangan sesekali anda cuba mencelah apa yang dirinya sedang luahkan. Hal ini kerana, semakin anda ingin memotong percakapannya itu ia akan membuatkan anda semakin kehilangan dirinya.



4. Sampaikan niat anda dengan jelas.

Jangan berikan kata-kata yang hanya penuh dengan bayangan sahaja. Tetapi sampaikan kata-kata yang jelas dan lebih mudah untuk dirinya fahami. Mana tidaknya, orang seperti ini lebih mudah bertindak untuk mengikut emosinya. Jadi jika anda tidak sampaikan niat anda dengan jelas kemungkinan akan jadi salah faham.

5. Banyakan bersabar dengan kerenahnya.

Sudah menjadi lumrah apabila bercinta dengan mereka yang begini perlukan kesabaran yang lebih. Jadi, jika anda ingin memilikinya, kesabaran yang tinggi adalah amat diperlukan. Jika tiada kesabaran, anda mungkin akan kehilangan dirinya.

6. Dapatkan hatinya.

Buat mereka yang keras kepala dan degil ini, jika anda ingin mereka ini terus ada di sisi anda, maka dapatkan hatinya. Lakukan segala usaha untuk mempunyai tempat di hatinya. Jika anda berjaya lakukan ini, pasti anda tidak akan kehilangan dirinya.

Perkara ini mungkin kelihatan mudah bagi anda setelah membacanya, tapi untuk melakukannya itu ia agak sedikit sukar sekiranya ada tidak melakukannya dengan cara yang betul dan berhemah.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen